Pembedahan Siti Sarah bukan kerana bimbang janin. Ini penjelasan oleh pakar sakit puan

Pembedahan Siti Sarah bukan kerana bimbang janin. Ini penjelasan oleh pakar sakit puan

Ramai yang begitu terkesan dengan pemergian selebriti terkenal, arwah Siti Sarah baru baru ini. Pelbagai kebaikan mengenai dirinya sewaktu hidup telah dikongsi oleh ramai rakan-rakan dan akvitis tertentu.

Selain itu, kematian arwah juga telah membuka mata ramai serta perbincangan pelbagai pihak termasuk seorang pensyarah Obstetrik & Ginekologi (O&G) yang berkongsi ulasan dari sudut ilmiah.

Satu bebenang ciapan di Twitter telah menarik perhatian ramai apabila ulasan pensyarah itu dikongsi di sana.

 Langkah kecemasan dilakukan bukan kerana bimbang kepada janin

Untuk pengetahuan semua, O&G merupakan satu bidang pengajian yang tertumpu pada hal berkaitan kehamilan, melahirkan anak, dan selepas bersalin. Seperti ditulis dalam ciapan tersebut, pensyarah yang dikenali dengan nama Omar telah menyatakan 3 ulasan penting.

1. CSEC (bersalin secara pembedahan) langkah kecemasan dilakukan bukan kerana bimbang kepada janin, tetapi untuk mencabut plasenta kerana ia memerlukan 20% dari Cardioc Output (isipadu darah yang dipam oleh jantung dalam satu minit). Tujuannya adalah untuk mengurangkan tekanan kepada ibu dan menghasilkan Cardioc Output dengan berkesan. Alhamdulilah bayi selamat dilahirkan.

2. COVID-19 sememangnya jadi paling teruk pada ibu mengandung kerana keadaan pembekuan darah tinggi. Dia mungkin mempunyai embolisme paru-paru atau serangan jantung semasa tempoh koma. Oleh kerana tidak ada pengurusan yang pasti untuk COVID-19, prognosis COVID-19 pada kehamilan (tahap 3, 4 & 5) biasanya paling teruk.

3. Tidak ada data yang menunjukkan dia (Siti Sarah) divaksin. Jadi jika boleh, sila nasihatkan semua ibu mengandung yang berusia di atas 14 minggu untuk mendapatkan vaksinasi secepat mungkin.

Panduan Terkini vaksin untuk ibu mengandung dan menyusu

Untuk maklumat semua, kini wanita hamil boleh mendapatkan temu janji vaksin melalui klinik kesihatan ibu dan anak, tanpa perlu berbuat demikian menerusi aplikasi MySejahtera.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, arahan serta garis panduan daripada beberapa pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) sudah sedia diperoleh bagi proses vaksinasi ibu mengandung, termasuk penetapan mengenai usia kehamilan di antara tempoh 14 hingga 33 minggu.

Justeru, katanya, golongan terbabit, setakat ini, tidak dimasukkan sebagai golongan yang layak menerima pelalian secara tanpa temu janji (walk-in) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *