“Seakan-akan berpeluk-pelukan”. Warga Asing Beratur Panjang Di Hotel Grand Season Jadi Isu

“Seakan-akan berpeluk-pelukan”. Warga Asing Beratur Panjang Di Hotel Grand Season Jadi Isu

Kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk mempercepatkan program vaksinasi kepada seluruh penduduk di negara ini. Bukan sahaja warganegara, pekerja asing yang bekerja di sini turut menerima vaksin.

Terdapat beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dikhususkan untuk warga asing termasuklah di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.

Malangnya, telah tular sebuah video yang memaparkan ratusan warga asing berpusu-pusu untuk mendapatkan suntikan vaksin secara ‘walk in’ di ibu negara dan didakwa gagal mematuhi SOP ditetapkan.

 Dilihat seakan-akan ‘berpeluk’

Jika anda melihat video tersebut, mereka memang gagal mematuhi SOP dengan tidak gagal menjaga penjarakan sosial ditetapkan. Lebih teruk lagi, ada di antara mereka dilihat seakan-akan ‘berpeluk’ berikutan berada terlalu dekat.

Tindakan segera telah diambil oleh  Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengarahkan Pasukan Pematuhan ke PPV Hotel Grand Season yang sebelum ini ditularkan kerana dipenuhi orang ramai.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, pihaknya telah mengambil maklum video tular berdurasi tujuh minit 15 saat itu yang ditularkan di media sosial memaparkan kesesakan orang ramai di lokasi berkenaan.

“Polis Dang Wangi telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan Pasukan Pematuhan mengawal keadaan termasuk membuat hebahan agar orang ramai yang hadir mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.

Arahan dikeluarkan sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya

Pasukan Pematuhan berjaya mengawal keadaan di pusat tersebut sehingga program vaksinasi selesai dilaksanakan.

Kenapa penting jaga jarak sewaktu pandemik ini?

Melalui  kajian-kajian saintifik yang dilakukan terhadap virus yang menyerang saluran pernafasan sama seperti COVID-19, jarak minima satu meter sudah memadai. Namun, lebih dari itu juga disarankan kerana lebih baik.

“Apabila kita bersin, kadar kelajuan titisan cecair atau droplet dianggarkan 150km/j dan boleh tersebar antara satu hingga dua meter.” FB KKM

Formulanya mudah sahaja iaitu semakin dekat kita dengan orang yang telah dijangkiti COVID-19, semakin tinggi peluang untuk kita terkena jangkitan.

Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan majoriti negara menggunakan jarak satu meter sebagai jarak minima untuk penjarakan sosial seperti China, Hong Kong, Denmark, Perancis termasuk Malaysia.

Menariknya, ada juga negara menetapkan jarak minima berbeza seperti Korea Selatan (1.4m), Australia, Jerman, Itali (1.5m), Amerika Syarikat (1.8m) dan UK, Kanada serta Sepanyol (2m).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *