Ibu bapa meninggal dunia selang sehari kerana COVID-19. Anak umur 2 tahun jadi yatim piatu

Ibu bapa meninggal dunia selang sehari kerana COVID-19. Anak umur 2 tahun jadi yatim piatu

Hari demi hari, kita terus mendengar khabar menyedihkan tentang kematian orang tertentu akibat jangkitan COVID-19. Sedar atau tidak, ramai anak kecil yang mungkin menjadi yatim piatu dengan sekelip mata.

Begitulah sedihnya apabila kita membaca perkongsian oleh seorang pengguna FB, Shakinah Sf yang berkongsi mengenai kematian rakannya yang menyebabkan anak rakannya itu menjadi yatim piatu.

Ibu bapanya meninggal dunia selang sehari

Menerusi perkongsian tersebut, rakannya bernama Rien Rieyana serta suami telah meninggal dunia serta meninggalkan seorang anak berusia dua tahun.

Anak tersebut menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapanya meninggal dunia selang sehari selepas masing-masing ditidurkan tiga hari. Ini berikutan keadaan kesihatan yang sangat membimbangkan.

“Aku tanya dgn suami aku,mcm mana bila rieen bangun nt dan dapat berita tentang suami dia. Sedihnyaaaa.. Tapi harini dia pergi menyusul. Tinggalkan dunia ni. Tinggalkan anak dia yg masih kecil,berumur 2 tahun.” tulis Shakinah Sf di FB

Shakinah Sf juga terkenang akan kegembiraan rakannya itu beberapa tahun yang lalu apabila disahkan hamil anak pertama mereka. Menurutnya lagi, arwah berasa sangat gembira kerana telah menunggu lama untuk kehadiran zuriat sulung.

Siapa sangka hari ini dia telah pergi meninggalkan dunia ini selamanya. Perkognsian Shakinah Sf ini telah mendapat perhatian orang ramai yang turut merasa sediah akan berita tersebut.

Tergolong  dalam kelompok negara paling tinggi kematian akibat COVID-19

Dilaporkan bahawa Malaysia ketika ini tergolong  dalam kelompok negara paling tinggi kematian akibat COVID-19. Pada 8 Ogos 2021, negara kita berada di tangga ke tujuh paling tinggi jumlah kematian akibat wabak itu tanpa mengambil saiz penduduk.

Seluruh dunia mencatat 8,022 kematian COVID-19 pada 8 Ogos 2021 dan Malaysia menyumbang 4.5 peratus (360) daripada angka itu. Lebih menyedihkan lagi,  85 daripada 360 kematian dicatat pada hari tersbut adalah Brought In Dead (BID) atau meninggal dunia di luar hospital sebab tidak sempat menerima rawatan.

Data ini diharapnya dapat memberi pengajaran kepada semua pihak agar lebih bertanggungjawab sewaktu berdepan pandemik COVID-19 ini. Jaga diri dan terus mematuhi SOP, tak kira apa jua pangkat dan status anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *