“Terkilan tak sempat menatap wajah bayi”. Bayi meninggal dunia kerana COVID-19 lepas lahir

“Terkilan tak sempat menatap wajah bayi”. Bayi meninggal dunia kerana COVID-19 lepas lahir

Jika dulu, jangkitan COVID-19 banyak membunuh golongan berisiko seperti warga emas, hari ini kita banyak mendengar ramai golongan ibu hamil pula yang terkroban akibat jangkitan.

Menyedihkan lagi, jika jangkitan itu terkena pada ibu hamil, berkemungkinan ia juga terkena kepada bayi yang akan dilahirkan. Inilah yang berlaku di Hospital Sutanah Bahiyah (HSB) baru-baru ini.

“Saya terkilan tidak sempat menatap wajah bayi”

Sepasang suami isteri yang sepatutnya menimang cahaya mata kelima mereka dengan kegembiraan bertukar duka apabila bayinya itu meninggal dunia kerana dijangkiti COVID-19.

Menurut bapa bayi itu, Abd. Jalil Mohd. Taha, 56, mengatakan bahawa isterinya, Azreen Farina Azmi, 38, yang positif COVID-19 melahirkan bayi pramatang enam bulan itu kira-kira pukul 5 pagi namun disahkan meninggal dunia pada pukul 7 pagi.

Pada mulanya, dia sangat sangat bersyukur dengan kehadiran bayi itu dan diharap dapat menceriakan lagi keluarga mereka. Namun begitu,  selepas dua jam, bayi seberat 500 gram dan cukup sifat ini dilahirkan, dia dimaklumkan bayinya meninggal dunia.

“Saya terkilan tidak sempat menatap wajah bayi tersebut kerana tidak dapat ke hospital disebabkan masih dikuarantin di rumah,” katanya

Dilaporkan bahawa pasangan itu mempunyai empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan berusia antara empat tahun hingga 19 tahun.

Kesihatan isteri saya pula dilaporkan stabil selepas bersalin

Mengikut cerita suaminya, dia pada mulanya menghantar isterinya ke sebuah pusat bersalin swasta selepas mengadu sakit hendak bersalin pada 28 Julai lalu.

Selepas menjalani swab test, isterinya didapati positif COVID-19 di pusat bersalin itu dan kemudian dihantar ke Hospital Sutanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.

Apa yang menyedihkan, ketika itu difahamkan isterinya dijangkit COVID-19 tahap empat, namun masih lagi sedar.

“Isteri saya menerima rawatan di HSB sehingga isteri saya bersalin pada pukul 5 pagi semalam (kelmarin). Kesihatan isteri saya pula dilaporkan stabil selepas bersalin.” katanya

Dia reda dengan pemergian anaknya yang kelima itu walaupun tidak dapat menatap wajahnya. Jenazah bayi perempuan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chegar, Mukim Tunjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *