Beratus kotak susu dari Dubai ini ditahan dari masuk pasaran kita. Ini sebab ia merbahaya

Beratus kotak susu dari Dubai ini ditahan dari masuk pasaran kita. Ini sebab ia merbahaya

Setiap negara mempunyai undang-undangnya yang tersendiri untuk mengawal sesuatu kemasukan barang makanan dari luar negara. Ini termasuklah Malaysia.

Undang-undang ini semestinya bertujuan untuk mengelakkan rakyat negara ini memakanan makanan yang tidak selamat untuk kesihatan mental dan fizikal.

Baru-baru ini, cubaan membawa sejumlah 200 kotak susu dari Dubai tanpa permit sah gagal selepas dikesan di Pelabuhan Barat.

Rampasan susu bernilai RM928.51

Menurut Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor, rampasan susu dengan nilai RM928.51 dilakukan hasil rutin pemeriksaan pihaknya terhadap sebuah kontena di pelabuhan itu.

Kotena itu didapati berada di pelabuhan berkenaan sejak 3 Ogos lalu berdasarkan semakan dan susu itu hendak dimasukkan ke pasaran tempatan.

Namun, disebabkan tiada permit ia gagal dan kes disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Semua penjual perlu ikut peraturan demi keselamatan pembeli

Pihak Maqis menasihati agar semua pengimport dan pengeksport agar mewajibkan diri untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ini bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di negara ini.

Perlu diingatkan juga, jangan sebarangan meminum produk susu dan tenusu yang tidak mendapat kelulusan pihak berautoriti. Ini kerana berdasarkan kajian Physicians Commitee for Responsible Medicine (PCRM), susu dan produk tenusu lain adalah sumber lemak tepu utama dalam diet seseorang sebagai contoh warga Amerika.

Ia menyumbang kepada penyakit jantung, diabetes jenis 2, dan penyakit Alzheimer. Kajian juga mengaitkan susu dengan peningkatan risiko barah payudara, ovari, dan prostat.

One thought on “Beratus kotak susu dari Dubai ini ditahan dari masuk pasaran kita. Ini sebab ia merbahaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *