Polis sahkan melakukan serbuan di rumah Ustaz Ebit Lew. Ini sebab serbuan dibuat

Polis sahkan melakukan serbuan di rumah Ustaz Ebit Lew. Ini sebab serbuan dibuat

Dua tiga hari ini makin panas isu dakwaan seorang pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew terlibat dengan kes gangguan seksual. Setelah memberi keterangan di balai polis Bukit Aman, petangnya rumah beliau diserbu oleh pihak polis untuk mencari bahan bukti.

Hal ini disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan.

 Siasatan membabitkan Ebit Lew akan diteruskan sehingga berpuas hati

Pihak polis enggan mengulas lebih lanjut kerana perkara itu masih dalam siasatan. Seperti dilaporkan, serbuan itu dilakukan selepas Ustaz Ebit Lew memberi keterangan kepada pihak polis Bukit Aman.

Terdahulu, siasatan membabitkan Ebit Lew akan diteruskan sehingga berpuas hati sebelum kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Namung begitu, pihak polis berpesan agar semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes itu dapat disiasat dengan telus.

“Polis mengesahkan telah merakam keterangan Ebit Lew berhubung kes gangguan seksual. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran apa-apa jua bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis,” 

Dalam perkembangan lain, pihak Ustaz Ebit Lew menyifatkan apa yang berlaku terhadapnya sebagai fitnah yang kejam dan melampau.

Gangguan seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja dalam pelbagai bentuk

Apakah itu gangguan seksual?

Menurut Unit Psikologi  Kementerian Sumber Manusia, gangguan seksual bermaksud perlakuan yang kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan, psikologi dan visual yang berunsurkan seks yang biasanya dilakukan berulang-ulang.

Perlakuan-perlakuan ini termasuklah sentuhan tubuh badan yang tidak diingini, paksaan mengadakan dating, dan pujuk rayu supaya melakukan hubungan seks di tempat kerja. Kebiasaannya, cara gangguan seksual dikategorikan kepada tiga iaitu lisan, bahasa isyarat dan visual.

  • Lisan: Melalui kata-kata, komen, gurauan, usikan dan bunyi yang bersifat seksual
  • Bahasa isyarat: Isyarat tangan atau isyarat yang membayangkan perlakuan seks
  • Visual: Menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berbentuk seksual, serta mendedahkan tubuh berpakaian seksi

Kesan gangguan seksual boleh berlaku dalam jangka masa panjang. Tidak hanya ketika ia berlaku. Terdapat beberapa kesan yang boleh dikaitkan dengan gangguan seksual, antaranya adalah kesan psikologi dan kesan emosi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *