Pembaca meter TNB bergelut sebelum digigit anjing ketika bertugas. Ini punca kejadian

Pembaca meter TNB bergelut sebelum digigit anjing ketika bertugas. Ini punca kejadian

Kebanyakan kita mempunyai haiwan peliharaan sendiri. Untuk sesetengah mereka, anjing menjadi pilihan untuk dipelihara di dalam rumah masing-masing.

Seperti kata pepatah “Malang Tidak Berbau”, haiwan peliharaan seperti anjing boleh bertukar menjadi agresif tanpa kita sangka dan mengakibatkan seseorang itu mengalami kecederaan.

Dilaporkan oleh Kosmo bahawa seorang pembaca meter elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengalami kecederaan tangan kanannnya apabila digigit anjing ketika sewaktu menjalankan tugas di Jalan Api-api 1, Taman Megah Ria baru-baru ini.

 Dilaporkan telah diterkam oleh anjing yang meluru keluar

Mohd. Faridzuan Nordin, 27, yang merupakan mangsa kejadian dilaporkan telah diterkam oleh anjing yang meluru keluar apabila cucu pemilik rumah tersebut membuka pintu pagar kecil rumah tersebut.

Sebuah perkongsian yang tular di media sosial memaparkan bahawa sewaktu kejadian, mangsa serta anak pemilik anjing telah bergelut dengan anjing tersebut untuk beberapa minit.

Kemudiannya, anjing itu telah melepaskan gigitan yang menakibatkan kecederaan dan mangsa meminta bantuan di aplikasi WhatsApp dengan menghantar gambar bekas gigitan pada pukul 12.05 tengah hari.

Beberapa orang rakan sekerja yang menerima mesej telah segera datang ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa dan membawanya ke klinik Penawar Taman Megah Ria untuk mendapatkan suntikan dan rawatan susulan.

Selepas itu, mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk membuat pemeriksaan serta rawatan lanjut. Kejadian itu telah menyebabkan mangsa mengalami luka akibat gigitan di lengan kanan yang agak serius, ibu jari tangan kiri dan calar-calar di bahagian kaki kiri.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak, kejadian tersebut telah disahkaan dan memaklumkan telah menerima laporan yang dibuat mangsa pada hari sama kejadian berlaku.

Kes telah diselesaikan dengan baik yang membawa kepada mangsa secara suka rela menarik balik laporan itu setelah perbincangan dibuat oleh kedua-dua belah pihak.

Gigitan anjing boleh sebarkan penyakit rabies

Rabies ni adalah salah satu penyakit disebabkan ada sejenis virus bernama Lyssavirus genus yang berjangkit dari haiwan kepada manusia. Virus ni seperti dilaporkan oleh WHO banyak dibawa oleh anjing.

Antara kesan penyakit yang dihadapi adalah:

  • Kesukaran bernafas
  • Bersifat agresif
  • Takut kepada air atau takut minum air (hidrofobia)

Oleh itu, sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan anjing liar. Laporkan sebarang kejadian gigitan secepat mungkin untuk membantu mangsa.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *