Seorang pemilik restoran dan 16 pengunjung dikompaun sejumlah RM42,000. Ini puncanya

Seorang pemilik restoran dan 16 pengunjung dikompaun sejumlah RM42,000. Ini puncanya

Jumlah individu yang sudah lengkap vaksin kian bertambah setiap hari. Susulan peningkatan ini, kelonggaran tekah diberikan kepada individu tersebut untuk makan di kedai atau dine in.

Namun, semuanya masih tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). Peluang yang diberikan ini nampaknya masih dilanggar oleh sesetengah individu dan pemilik restoran.

 Kompaun berjumlah RM42,000 telah dikeluarkan

Sejumlah kompaun berjumlah RM42,000 telah dikeluarkan apabila seramai Seramai 16 pengunjung dan seorang pengusaha sebuah restoran di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam didapati melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Berdasarkan laporan, pengunjung berkenaan masing-masing dikompaun RM2,000, manakala pengusaha premis dikompaun RM10,000.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad, pada pemeriksaan kira-kira pukul 11.30 malam itu, polis mendapati pihak berkenaan menjalankan dan terlibat dalam aktiviti tidak dibenarkan iaitu ‘dine-in’ melebihi masa yang ditetapkan.

Kesalahan ini dikelaskan sebagai aktiviti terlarang di bawah Peraturan 26 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPBB) (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (PPN) SOP Fasa 2 2021.

Pesannya, orang ramai dinasihati mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa PKP 3.0 dan pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada pengusaha premis makanan dan orang ramai yang melanggar SOP.

Hanya menerima pelanggan yang telah lengkap divaksin dan tidak bergejala

Bagi negeri pada Fasa 2, iaitu  KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG, PERAK, PULAU PINANG, SABAH DAN NEGERI SEMBILAN, berikut adalah SOP untuk dine in.

Pengusaha restoran termasuk di hotel, rumah kelab sukan dan rekreasi, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan dan kiosk dibenarkan menyediakan perkhidmatan dine-in dengan mematuhi syarat berikut:

  • Hanya menerima pelanggan yang telah lengkap divaksin dan tidak bergejala
  •  Pemilik premis perniagaan MESTI memaparkan notis penerimaan pelanggan yang telah lengkap divaksin dan tidak bergejala sahaja di pintu masuk premis.
  • Pekerja yang telah menerima vaksin dos lengkap dan tidak bergejala sahaja dibenarkan
    bekerja dengan kadar vaksinasi berikut:
    (a) 40% : Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60% pekerja.
    (b) 60% : Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 80% pekerja.
    (c) 80% : Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100% pekerja.
  • Pemilik premis perniagaan perlu memastikan susun atur meja mengikut penjarakan dan premis mempunyai sistem pengudaraan (ventilation) yang baik.
  • Aktiviti dine-in dengan kapasiti 50% setiap meja dan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter tertakluk kepada SOP KPDNHEP PPN Fasa 2 – Perdagangan Pengedaran.
  • Bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis tersebut dengan mematuhi protokol kesihatan umum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *