“Minta penanaman Hemp dan Ketum dibenarkan.” Ini sebab cadangan ini dibuat

“Minta penanaman Hemp dan Ketum dibenarkan.” Ini sebab cadangan ini dibuat

Aktiviti penyalahgunaan dadah merupakan musuh utama di negara kita. Kerajaan telah melakukan pelbagai langkah untuk membanteras aktiviti ini di seluruh negara.

Namun begitu, terdapat cadangan baru dari Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin agar kerajaan mempertimbangkan kebenaran untuk menanam tanaman hemp dan ketum selepas Thailand mengambil langkah mengeluarkan kedua-duanya daripada senarai dadah.

Kedua-dua jenis tanaman memberi manfaat dari segi perubatan

Menurutnya, bukan sahaja memberi manfaat dari segi perubatan, kedua-dua tanaman mampu meningkatkan pendapatan lebih dua juta petani kecil di luar bandar.

Dari segi pasaran,  ketum dan hemp merupakan tanaman yang mempunyai permintaan eksport tinggi di luar negara. Katanya lagi, orang yang menyalahgunakan ketum ini dari segi rekod sekitar 2,000 lebih sahaja.

Berdasarkan data lain, negara kita ada lebih kurang dua juta petani kecil-kecilan ini di luar bandar di seluruh negara yang boleh dapat manfaat. Sebab itulal beliau cadangkan sebegitu kerana nilai perubatan dan permintaan eksportnya itu cukup tinggi.

Hemp sering dikaitkan dengan ganja

Mengulas lanjut, Zahidi berkata, walaupun hemp sering dikaitkan dengan ganja, namun ia adalah antara jenis kanabis yang tidak mengkhayalkan.

“Hemp ini ada persamaan dengan kenaf (antara jenis dalam keluarga ganja) kerana ia tidak memabukkkan dan mengkhayalkan seperti ganja.” kata Datuk Zahidi Zainul Abidin

Oleh itu, ia  perlu ditarik keluar daripada senarai dadah berbahaya. Selain boleh digunakan untuk buat perabot, hemp ini juga ada bahan kimia yang boleh digunakan sebagai ubat kanser.

Dilpaorkan harga pil itu (ubat kanser yang diperbuat daripada hemp) mencecah RM1,800.

2 thoughts on ““Minta penanaman Hemp dan Ketum dibenarkan.” Ini sebab cadangan ini dibuat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *