“Paru-paru kanan saya rosak. Paru-paru kiri saya kena sikit”. Abang Siti Sarah kongsi situasi terkini

“Paru-paru kanan saya rosak. Paru-paru kiri saya kena sikit”. Abang Siti Sarah kongsi situasi terkini

Mungkin ada di antara kita yang pernah merasa pengalaman dijangkiti COVID-19, lalu berjaya sembuh daripadanya. Namun, ada juga yang pernah mengalami situasi yang lebih kritikal daripada yang kita jangkakan.

Seperti pesakit lain juga, abang kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Firdous  berdepan situasi yang agak kritikal walaupun kini sudah beransur pulih.

Paru-paru kanan rosak, dari kiri rosak bahagian belakang

Sebelum ini, telah dilaporkan bahawa Firdous  pernah ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, Selangor akibat virus itu. Bahagian kanan paru-parunya sudah rosak, manakala bahagian belakang paru-paru kiri turut dijangkiti.

Katanya, ramai yang ingin tahu keadaan sebenarnya ketika ini. Namun, dia tidak berkesempatan untuk balas satu persatu mesej yang masuk. Walaupun begitu, dia tetap bersyukur dengan apa yang berlaku.

Menurutnya lagi, paru-paru kanannya rosak dan paru-paru belah kirinya pula sedikit rosak di bahagian belakang. Mungkin akan mengambil masa tiga hingga ke empat bulan untuk pulih

Dalam hantaran di FB-nya, ditulis bahawa tahap oksigen yang dia gunakan juga sudah dikurangkan dari 10 ke sembilan dan dia sangat bersyukur. Dia meminta maaf  tidak dapat balas mesej ramai orang kerana ada kala dia sihat, ada kala dia kurang bertenaga..

Perkembangan terbaru juga menyaksikan Firdous sudah dipindahkan ke Pusat Perubatan Pantai di Bangsar selepas menerima rawatan di Hospital Serdang, Selangor, sejak awal Ogos lalu.

Sesetengan pesakit akan mengalami Long Covid walaupu sudah pulih

Untuk pengetahuan semua,  pihak The National Institute for Health and Care Excellence (NICE), United Kingdom telah mengeluarkan satu garis panduan mengenai Long COVID atau dikenali sebagai Sindrom Post Covid.

Long COVID merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit COVID-19 masih menunjukkan gejala-gejala bagi tempoh 12 minggu atau lebih dan gejala-gejala tersebut tidak dapat dijelaskan dengan sebarang diagnosis alternatif.

Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu. Secara umumnya, data klinikal menunjukkan majoriti pesakit COVID-19 di Malaysia mampu sembuh sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir yang terkesan dengan Sindrom Post COVID. Antara lima (5) simptom yang kerap dialami oleh bekas pesakit COVID-19 adalah kelesuan (fatigue), kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnea), sukar tidur malam (insomnia), batuk (cough) dan kegelisahan (anxiety).

Semoga kita semua terus menjaga kesihatan diri dan bebas dari COVID-19.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *