Dicampur palsu dengan bahan larangan. Ini 5 produk kecantikan yang dibatalkan tahun 2021

Dicampur palsu dengan bahan larangan. Ini 5 produk kecantikan yang dibatalkan tahun 2021

Kecantikan wajah merupakan aset yang penting bagi seseorang. Ia mestilah dijaga sebaik mungkin sama ada secara semulajadi atau pun menggunakan produk tertentu untuk ia kekal menawan.

Terdapat pelbagai produk kosmetik di pasaran tempatan yang menjanjikan pelbagai manfaat buat pengguna. Tapi, tidak semuanya baik dan berkualiti seperti yang dijanjikan.

Oleh itu, amat penting bagi kita semua untuk sentiasa peka dan mengambil tahu mengenai produk-produk kosmetik yang telah dibatalkan pendaftaran atau notifikasinya atas isu campurpalsu.

 Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia bagi tahun 2021

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara telah mengeluarkan senarai produk kosmetik yang disahkan dicampurpalsu bahan larangan. Berikut adalah lima daripadanya yang tersenarai bagi tahun 2021:

  1. Beauty Sleep Treatment Cream mengandungi racun berjadual Hydroquinone dan Tretinoin (Lihat gambar: Klik sini)
  2. Beauty Sleep Nite Cream mengandungi racun berjadual Merkuri (Lihat gambar: Klik sini)
  3. Lana Radiance Night Cream mengandungi racun berjadual Hydroquinone (Lihat gambar: Klik sini)
  4. Oxy Cream By Viprolabs mengandungi racun berjadual Clotrimazole (Lihat gambar: Klik sini)
  5. Zuya Skincare Night Treatment A Cream mengandungi racun berjadual Merkuri (Lihat gambar: Klik sini)

Pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara turut menasihatkan orang Awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai.

Didapati bahawa produk-produk tersebut mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Produk seperti tersenarai tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

Pengguna produk ini dinasihatkan berhenti menggunakannya

Orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Maklumat status pendaftaran bagi sesuatu produk boleh dibuat dengan melayari laman sesawang rasmi, NPRA http://npra.moh.gov.my/ atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *