Pemandu lori rempuh 5 kereta di jalan Ipoh didapati positif. Ini jenis dadah digunakannya

Pemandu lori rempuh 5 kereta di jalan Ipoh didapati positif. Ini jenis dadah digunakannya

Penyalahgunaan dadah merupakan musuh nombor satu negara sejak sekian lama. Pelbagai undang-undang dan kempen telah dilancarkan oleh kerajaan bagi membanteras aktiviti tidak bermoral ini.

Walaupun begitu, masih terdapat segelintir daripada kita yang masih melakukan hal ini sama ada secara individu atau berkumpulan. Penyalahgunaan dadah ini telah terbukti merbahayakan diri sendiri dan orang sekeliling.

Pemandu tidak mabuk, tetapi positif dadah

Perkara yang merbahayakan dan memudaratkan ini telah berlaku di Jalan Ipoh baru-baru ini apabila sebuah lori telah merempuh lima buah kenderaan.

Setelah disiasat oleh pihak polis, pemandu lori tersebut didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin sewaktu memandu lori tersebut.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh, kemalangan itu berlaku pada pukul 2.40 petang selepas pemandu lori berusia 25 tahun itu gagal mengawal kenderaan.

Secara terperincinya, pemandu lori warga tempatan itu telah memandu dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul sebelum gagal mengawal kenderaan dan merempuh laju lima kenderaan.

Lima kenderaan yang dirempuhnya itu adalah dua Perodua Myvi, Proton X70, Honda Hrv dan Peugeot 208 yang sedang berhenti di lampu isyarat. Hal yang mengerikan adalah sebuah kereta Myvi kuning yaang dirempuh remuk dan hancur.

Namun, pemandu di dalamnya yang berusia 45 tahun tersebut hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Pemandu-pemandu lain tidak mengalami masalah serius dan telah mendapatkan rawatan.

Pemandu ditahan untuk siasatan lanjut

Pihak polis juga telah mengesahkan mengenai penahanan pemandu lori berkenaan dan mendapati lelaki terbabit tidak berada dalam pengaruh alkohol namun positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

Selanjutnya, pemandu lori berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *