Baru Sedar Tertukar Bayi Dengan Keluarga Lain. Remaja Ini Tuntut RM14 Juta Dari Hospital

Baru Sedar Tertukar Bayi Dengan Keluarga Lain. Remaja Ini Tuntut RM14 Juta Dari Hospital

Teknologi kesihatan pada hari ini telah banyak membantu orang ramai dalam meneruskan kehidupan seharian. Sakit yang kita hadapi sedikit sebanyak dapat dikesaan dan diberi rawatan melalui teknologi hari ini.

Menariknya, teknologi kesihatan juga dapat membantu kita menyelesaikan banyak isu yang sebelum ni tidak dapat diselesaikan. Begitulah yang berlaku di sebuah hospital di Sepanyol apabila isu tertukar bayi dapat diselesaikan.

Tertukar ketika remaja itu masih bayi

Seperti dilaporkan Sky News baru-baru ini, seorang remaja berusia 19 tahun sedang menuntut wang pampasan berjumlah £2.5 juta (RM14 juta) daripada pihak hospital

Ini berpunca selepas mendapat tahu bahawa dia sebenarnya telah tertukar dengan seorang bayi lain ketika dilahirkan dahulu. Remaja itu dilahirkan pada tahun 2002 di sebuah hospital di wilayah La Rioja dan telah tertukar ketika ditempatkan di wad bersalin.

Dilaporkan bahawa insiden ini berlaku apabila dua orang bayi pada ketika itu dilahirkan dalam keadaan kekurangan berat badan dan diletakkan di dalam inkubator.

Sewaktu penyerahan semula bayi-bayi itu kepada ibu bapa masing-masing oleh pihak hospital, berlaku kekeliruan dan kedua-duanya telah diberikan kepada keluarga yang salah.

Sistem dahulu berbeza dan kecuaian manusia itu sendiri

Akhirnya, melaui teknologi kesihatan, remaja ini mendapat tahu kebenarannya. Remaja itu menyedarinya selepas salah seorang daripada mereka menjalani ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan mendapati bahawa dia bukan anak kandung ibu bapanya.

Maka remaja itu nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Menurut Ketua Jabatan Kesihatan Wilayah La Rioja, insiden ini berlaku disebabkan kecuaian manusia dan pihaknya belum mengenalpasti siapa yang perlu dipersalahkan.

Katanya lagi, sistem yang digunakan pada waktu itu adalah berbeza dan tidak dikemaskini dalam komputer seperti sekarang. Dia turut memberi jaminan bahawa kejadian seperti itu tidak akan berulang di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *