Tular Video Van Jenazah Bapa Lalu Depan Rumah. Anak-Anak Ini Meraung Kesedihan

Tular Video Van Jenazah Bapa Lalu Depan Rumah. Anak-Anak Ini Meraung Kesedihan

Kematian akibat jangkitan COVID-19 berlaku setiap hari di negara kita. Pelbagai kisah sedih yang kita dengar mengenai pesakit COVID-19 meninggal dunia meninggalkan isteri dan anak-anak.

Itulah takdir yang menimpa Zaini Kaus bersama enam orang anaknya apabila ketua keluarga mereka, Md. Isa Mohd Noor pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.

‘Tidak sangka suami balik dalam van jenazah’

@lizanaim93

Asalamualaikum dan selamat pagi ❤️06-3360290 sk krubong melaka pihak sekolah ada buat kutipan derma ..ibu suri umah ☹️ anak masih kecil2 ☹️

♬ bunyi asal – liza naim – liza naim

Cabaran besar yang menimpa keluarga itu tular selepas satu rakaman video memaparkan suasana hiba anak-anak mangsa meraung semasa van jenazah membawa arwah lalu di depan rumah mereka di Taman Krubong Jaya, Melaka.

Menurut Zaini Kaus, arwah suaminya disahkan positif jangkitan virus itu pada 23 Ogos lalu dan mendapat rawatan di Hospital Melaka selepas paras oksigen menurun kepada 90 peratus.

Arwah yang bekerja sebagai pemandu lori sawit hanya mengalami demam, membuatkan dia dan anak-anak yakin suaminya akan pulang ke rumah selepas beberapa hari dirawat.

Anak-anaknya masih kecil berusia daripada lima hingga sebelas tahun. Anak yang paling rapat dengan suami ialah Nur Danisha Zahra yang berusia 10 tahun.

Mereka sekeluarga yakin bahawa suaminya itu akan balik rumah suatu hari nanti, namun tidak sangka suaminya dibawa balik dalam van jenazah dan saat itulah Danisha meraung sekuat hatinya. Baginya, mereka sekeluarga umpama patah sayap sebelah.

Boleh salurkan bantuan kepada keluarga ini

Zaini Kaus dan anak-anaknya disahkan bebas COVID-19 dan telah selesai menjalani kuarantin, serta sudah memotong gelang pengawasan. bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini, sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0413241000065985.

Seperti yang kita tahu, kelonggaran telah mula diberikan oleh piahk kerajaan. Namun kelonggaran pergerakan ini bukan bermaksud keadaan di luar sana selamat, hanya sekadar untuk menaikkan semula ekonomi.

Jadi, terus jaga diri anda dan kelurga serta mematuhi SOP yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *