“Pergi sekolah takut, tapi bawa berkelah di pantai berani.” Netizen kecam sikap ibu bapa begini

“Pergi sekolah takut, tapi bawa berkelah di pantai berani.” Netizen kecam sikap ibu bapa begini

Jika dulu kita lebih banyak terperap dalam rumah, kmi sudah banyak kelonggaran telah diberi oleh pihak kerajaan untuk kita meneruskan hidup dalam keadaan pandemik COVID-19 masih lagi wujud di luar sana.

Untuk anak-anak yang bersekolah pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat bermula 3 Oktober.

Sistem datang sekolah bergilir-gilir

Bagi sesi yang akan bermula tidak lama lagi ini, KPM akan menggunakan sistem penggiliran apabila sekolah dibuka semula secara berperingkat mengikut fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Sistem ini akan memastikan hanya 50 peratus murid berada di sesebuah sekolah

Secara terperinci, sistemnya adalah kumpulan pertama akan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka manakala kumpulan kedua berada di rumah untuk PdPR sebelum mereka bertukar giliran untuk minggu seterusnya.

Namun begitu, masih ramai ibu bapa merasa bimbang dengan  pembukaan sekolah ketika ini tidak sesuai kerana kes harian COVID-19 masih tinggi dan kebanyakan pelajar pula masih belum menerima vaksin.

Buka sekolah tak setuju, tapi sanggup bawa anak-anak berjalan

Walaupun kebimbangan itu ada, namun tinjauan oleh pihak berita Kosmo mendapati ibu bapa tidak bimbang membawa anak-anak ke tempat percutian seperti taman rekreasi dan pantai peranginan

Berdasarkan gambar-gambar yang tular baru-baru ini, ternyata ibu bapa langsung tidak ‘bimbang’ membawa anak-anak mereka ke kawasan awam yang penuh dengan orang ramai seolah-olah seperti satu pesta meraikan ‘kebebasan’.

Gambar-gambar yang tular seperti itu telah menyebabkan ramai pengguna media sosial mengecam tindakan ibu bapa yang membawa anak ke kawasan berisiko seperti itu.

Terdapat juga orang yang bersuara seperti di bawah:

“Bila kerajaan umum buka sekolah semua tidak setuju, konon bimbang tercetusnya kluster di sekolah kerana anak tidak divaksin lagi.

“Tapi, hari minggu penuh je taman, pantai, kawasan rekreasi pergi riadah dan mandi-manda. Tak takut pula, mereka ingat Covid hanya di sekolah je ke?,” – Pengguna FB

Ramai yang terkejut kerana apabila kerajaan umum buka sekolah, masing-msaing tak setuju. Tapi, kalau kerajaan mansuh kebenaran bercuti dalam negeri, menggelupur semua.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *