Adik Zaid yang jatuh dari bangunan tinjau kini ditidurkan. Ini apa yang berlaku kepadanya

Adik Zaid yang jatuh dari bangunan tinjau kini ditidurkan. Ini apa yang berlaku kepadanya

Pandemik COVID-19 telah memaksa kita untuk duduk di rumah dan mengurangkan aktiviti di luar rumah bagi mengelakkan jangkitan. Setelah sekian lama dihadkan pergerakan, kini kelonggaran telah diberikan sedikit demi sedikit agar kita boleh hidup normal.

Kanak-kanak yang sebelum ni banyak terperap di dalam rumah, kini berpeluang bersama ibu bapa mereka untuk menjalankan aktiviti di luar seperti bersiar-siar dan sebagainya.

Namun, malang tidak berbau apabila seorang kanak-kanak berusia 22 bulan, adik Zaid Harith terjatuh dari bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam.

Adik Zaid Harith kini ditidurkan

Sebelum ini telah tersebar satu kejadian kanak-kanak itu telah mengalami pendarahan dalaman di bahagian otak selepas terjatuh dari bangunan tinjau.

Bagi yang mengikuti perkembangan insiden ini, kini adik Zaid Harith telah ditidurkan sepenuhnya bagi mengelakkan berlaku pendarahan yang lebih serius.

Hal ini dilakukan untuk mengelakkan  ‘second brain injury’. Semasa dia jatuh, berlaku ‘first brain injury’. Untuk ‘second brain injury’ adalah apa-apa kecederaan selepas jatuh, yang disebabkan oleh faktor lain.

Menurut ibu saudaranya, kepala belah kiri bengkak sebab ada pendarahan bawah ‘scalp’, tengkorak sebelah kiri retak namun pendarahan di otak sangat kecil, tak signifikant, mungkin tak perlu pembedahan.

Dimaklumkan juga, bahagian anggota badan dan organ lain tidak mengalami apa-apa kecederaan serius. Bagaimanapun, doktor memaklumkan adik Zaid masih dalam keadaan kritikal dan tekanan darah agak rendah.

Untuk pengetahuan, adik Zaid sebelum ini telah dilaporkan terjatuh dari aras dua bangunan tinjau ke bawah selepas lantai kayu tiba-tiba patah.

Pihak MBSA akan bantu panjangkan isu kepada pemaju

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah semakan dan mendapati taman itu berada di bawah pengurusan pemaju Bandar Setia Alam.

Pihak MBSA akan membantu memanjangkan isu ini kepada pihak pemaju untuk tindakan lanjut bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

Pemaju juga diminta untuk membuat penyelenggaraan dan pemantauan berkala bagai taman-taman awam yang masih belum diserahkan kepada MBSA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *