Meninggal dunia ketika tunggu giliran di kaunter JPJ. Ini yang berlaku kepada warga emas itu

Meninggal dunia ketika tunggu giliran di kaunter JPJ. Ini yang berlaku kepada warga emas itu

Kita tidak tahu bilakah diri kita atau seseorang itu akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Disebabkan itu, semua orang tidak mahu terkena penyakit kronik yang terpaksa dihadapi dalam tempoh masa panjang.

Semakin lanjut usia seseorang, semakin tinggi kebarangkaliannya terkena penyakit tertentu. Malangnya, ada juga yang tiada tanda-tanda penyakit, namun meninggal dunia juga tanpa kita sangka.

Inilah yang berlaku di kaunter Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini.

Warga emas itu telah mengikut SOP yang ditetapkan

Satu kejadian telah tular apabila seorang warga emas meninggal dunia ketika sedang menunggu giliran di kaunter Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Insiden ini dilaporkan berlaku Seksyen 7, Bandar Baru Bangi dan disahkan meninggal dunia selepas pihak ambulans tiba di lokasi. Berita ini telah menyebabkan orang awam mengkritik pihak JPJ yang kononnya tidak memberi layanan khas untuk warga emas itu.

Hal ini telah dinafikan oleh pihak JPJ. Dalam satu laporan, pihak JPJ telah menegaskan bahawa warga emas yang meninggal dunia di kerusi ruangan menunggu telah diberikan layanan khas untuk berurusan.

Ini termasuklah tidak perlu beratur dan telah dibawa ke kerusi ruangan menunggu pelanggan sebelum dipanggil untuk berurusan perihal JPJ.

Tambahan pula, lelaki berbangsa India itu juga telah pun melengkapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) memasuki tempat tersebut termasuklah telah melengkapkan dos vaksin.

Pihak JPJ berharap tidak disebarkan sebarang spekulasi

Seperti diterangkan, sebelum kejadian, warga emas berusia 76 tahun itu telah diambil suhu badan yang normal serta telah menunjukkan status MySejahtera dengan lengkap dua dos.

Apa yang mengejutkan, semasa di ruang menunggu, mangsa dikatakan dengan tiba-tiba tidak sedarkan diri dan panggilan kecemasan (MERS 999) telah dibuat oleh Ketua Bahagian Pengurusan JPJ Cawangan Bangi.

Pihak mbulans dan pasukan paramedik telah tiba bagi tujuan memeriksa keadaan warga emas namun telah disahkan meninggal dunia. Untuk tindakan lanjut, mayat warga emas tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kajang..

Oleh itu, pihak JPJ juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian dan menyerahkan siasatan lanjut kepada pihak Polis dan pihak Hospital Kajang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *