Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka akan dibuka kepada pelancong? Ini sebabnya

Setelah sekian lama duduk di rumah, melancong merupakan salah satu cara untuk menghilangkan tekanan secara tenang dan santai. Memahami keadaan ini, kerajaan telah melancarkan Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi bermula 16 September lalu.
Susulan perkembangan positif tersebut, kerajaan bercadang untuk membuka Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka untuk tujuan pelancongan bermula 1 Oktober ini.
Mengapakah keputusan itu dibuat?
Seperti dilaporkan Harian Metro, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri melihat perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.
Berkemungkinan dalam tempoh dua minggu lagi, tiga destinasi tersebut akan bersiap sedia untuk beroperasi semula dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.
Kementerian bersama Jawatankuasa Khas akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas membabitkan ujian saringan memandangkan Melaka agak besar.
Namun, hal yang terpenting adalah sesiapa sahaja yang ingin melancong perlulah individu yang lengkap dua doas vaksin. Ini merupakan salah satu SOP yang wajib diikuti untuk memudahkan urusan kita.
Berikut SOP Gelembung Pelancongan Di Langkawi
Setiap pelancong yang ingin bercuti ke Langkawi bermula 16 September ini, perlulah menjalan ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan melalui cara-cara berikut:
- Menjalani ujian pengesanan Covid-19 ( Rt-PCR atau RTK-AG) dimana- mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas. Keputusan ujian hendaklah dibawa bersama untuk pemeriksaan di pintu masuk (lapangan terbang atau terminal feri) sebelum berlepas; atau
- Pelancong boleh membeli kit ujian kendiri saliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk menjalani ujian pengesanan COVID- 19 di tempat saringan yang disediakan; atau
- Pelancong boleh membeli kit ujian kendiri saliva melalui perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak swasta di tempat saringan di lapangan terbang atau terminal feri dan menjalani ujian pengesanan di situ.
Berikut adalah jenis percutian yang dibenarkan di Langkawi dengan kebenaran PDRM:
- Percutian harian
- Percutian bermalam
- Percutian dengan tempahan penginapan / tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu
Bukti dokumen seperti berikut diperlukan untuk memohon kebenaran PDRM bagi pergerakan menggunakan jalan darat:
- Resit pembayaran penginapan
- Tiket pengangkutan
- Sewaan kenderaan di Langkawi
- Tiket masuk pusat tarikan pelancongan
Kategori pelancong yang dibenarkan adalah seperti di bawah:
- Individu yang telah lengkap divaksin
- Semua warganegara Malaysia
- Bukan warganegara Malaysia