Firdaus Wong Akan Bantu Mangsa Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal. Ini Buktinya

Firdaus Wong Akan Bantu Mangsa Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal. Ini Buktinya

Isu gangguan seksual melibatkan pendakwah bebas terkenal menjadi hangat semula apabila Firdaus Wong Wai Hung telah mendedahkan beberapa bahan bukti melibatkan individu tertentu.

Susulan pendedahan itu, pihak polis selanjutnya telah mengesahkan bahawa pihak mereka sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, beliau menegaskan pihak mereka masih mengambil keterangan dari beberapa mangsa yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Merasa sedih dan geram apabila mangsa menunjukkan bahan bukti

Dalam satu kenyataan, Firdaus Wong merasa sedih dan geram apabila mangsa menunjukkan bahan bukti kepada dirinya sendiri. Bukti-bukti itu telah pun diserahkan kepada pihak polis.

Beberapa pendedahan telah dikongsikan di group telegram (https://t.me/brofirdauswong), apabila dia mendapat kebenaran dari mangsa sendiri untuk memberi kesedaran kepada orang ramai serta menggalakkan lebih ramai mangsa untuk tampil dan berani membuat laporan.

Bagi pihaknya, mereka akan bersama dengan mangsa-mangsa yang telah membuat laporan polis untuk mendapatkan keadilan. Jikalau ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman, pihaknya telahpun bersiap sedia 100%..

Segala bukti-bukti telah mereka sediakan andai ada mana-mana pihak yang mahu mengambil tindakan saman. Mereka tetap teguh mempertahankan prinsip berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar.

Apapun biarlah kes ini disiasat sepenuhnya pihak polis dan jangan sebarkan apa-apa maklumat yang tidak pasti.

Sesetengah daripada kita kurang mengetahui maksud gangguan seksual

Kadangkala, sesetengah daripada kita kurang mengetahui maksud gangguan seksual sehingga tidak sedar telah menjadi mangsa atau pemangsa.

Jika dilihat dari segi definisi, gangguan seksual adalah salah satu perlakuan tidak bermoral yang dilakukan oleh seseorang terhadap seseorang yang lain.

Kebiasaannya perlakuan ini dilakukan oleh individu yang lebih berkuasa dan mengalami ketidaksejahteraan psikologi. Kelompok ini biasanya mengalami permasalahan hidup, keluarga dan perhubungan yang kurang stabil. Terdapat beberapa kategori seperti berikut:

  • Cubaan untuk merapati orang lain secara seksual
  • Meminta layanan seksual daripada orang lain
  • Gangguan seksual yang mengugut
  • Gangguan seksual yang menyinggung atau menghina

Oleh itu, jika anda telah menjadi mangsa, sila laporkan kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya. Jangan takut dan mendiamkan diri.

 

 

 

One thought on “Firdaus Wong Akan Bantu Mangsa Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal. Ini Buktinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *