Bayi maut, ibu hamil tak sengaja lahirkan bayi dalam mangkuk tandas. Ini apa yang terjadi

Bayi maut, ibu hamil tak sengaja lahirkan bayi dalam mangkuk tandas. Ini apa yang terjadi

Fasa kehamilan merupakan fasa yang mencabar bagi seorang ibu dan juga ayah. Dalam masa yang sama, fasa itu merupakan detik-detik penantian untuk sebuah kebahagian menimang cahaya mata.

Pelbagai pantang larang dan disiplin perlu dititik beratkan sepajang kehamilan agar bayi dapat dilahirkan dalam keadaan yang terbaik. Bagi si ayah, persediaan kewangan perlu untuk menampung perbelanjaan ibu dan bayi.

Namun begitu, tidak semua berhadapan nasib yang sama.

Bayi yang dilahirkan telah terjatuh ke dalam mangkuk tandas

Kejadian tragik dan mengejutkan telah berlaku di Parit 7, Sekinchan baru-baru ini apabila seorang bayi meninggal dunia selepas seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang tandas sebaik sahaja dilahirkan di sebuah rumah.

Dalam laporan BERNAMA menyatakan bahawa kejadian itu berlaku pada jam kira-kira 4.03 petang.

Menurut Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata, seorang wanita yang sedang mengandung kira-kira tujuh bulan melahirkan bayinya secara tidak sengaja di dalam tandas ketika hendak membuang air besar.

Katanya lagi, bayi yang dilahirkan telah terjatuh ke dalam (lubang) mangkuk tandas dan berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dalam masa 10 minit setelah memecahkan tandas tersebut.

Setelah selesai, bayi tersebut disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan ibunya yang berumur 37 tahun berada dalam keadaan stabil serta telah dihantar ke Hospital Tanjung Karang menggunakan ambulans.

Wanita hamil dinasihatkan mengamalkan gaya hidup sihat

Bagi wanita hamil, anda dinasihatkan menjaga kesihatan dan mengambil makanan seimbang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, sumber protein dan kalsium serta melakukan aktiviti senaman bersesuaian. Ia boleh dibantu dan dipantau oleh si ayah.

Namun begitu, kehamilan tidak seharusnya menyekat ibu mengandung daripada mengamalkan gaya hidup aktif bagi mengelak obesiti, kencing manis dan penyakit lain.

Oleh itu, bu hamil perlu tahu apa senaman yang sesuai mengikut usia kandungan, selain memastikan tiada masalah seperti kedudukan uri di bawah atau ada masalah pada pangkal rahim dan sebagainya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *