Ini Cara Memohon Bantuan Kuarantin RM100 Sehari Yang Wajib Kita Semua Tahu

Ini Cara Memohon Bantuan Kuarantin RM100 Sehari Yang Wajib Kita Semua Tahu

Bagi mereka dikuarantin dan memerlukan bantuan kewangan, berita gembira untuk anda semua kerana Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaksanakan Bantuan Khas COVID-19.

Ia bertujuan untuk membantu sekiranya anda pernah dijangkiti dan dirawat COVID-19. Anda boleh untuk memohon bantuan secara one-off melalui NADMA.

Bagi mereka yang ingin memohon, berikut adalah maklumat terperinci yang perlu diikuti:

Kadar Bantuan Yang Akan Diterima

Bantuan RM100 sehari akan diberikan kepada mereka yag menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan COVID-19.

Anda boleh untuk menerima bantuan RM100 sehari sehingga 14 hari (Maksimum)

Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja secara (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Syarat-Syarat Kelayakan

Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19
  • -Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Pemohon Yang Tidak Boleh Memohon

  • Bukan Warganegara Malaysia
  • Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  • Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19

Cara Memohon

Bagi yang layak dan ingin memohon. Anda mestilah:

1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web http://www.nadma.gov.my

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C*jika tiada akaun bank

2. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:-

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen yang disenaraikan di bawah wajib dilengkap. Berikut adalah dokumen tersebut:

1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A.

2. Salinan kad pengenalan.

3. Dokumen Asal KKM :

i. Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian

a. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM (annex 14); dan
b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) (annex 17);

ii. Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)

a. Discharge note / Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19

4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B.

5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.**

** sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

Cara Bayaran

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Nota Tambahan

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *