Produk Air Ikan Haruan Ini Disahkan Mengandungi Bahan Terlarang. Ini Bahan Digunakan

Produk Air Ikan Haruan Ini Disahkan Mengandungi Bahan Terlarang. Ini Bahan Digunakan

Satu senarai panjang produk yang mengandungi bahan terlarang telah dikeluarkan dan dikemaskini oleh pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sejak tahun 2017.

Menrutu Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA), mereka telah menerima laporan kesan sampingan berkaitan produk-produk yang tersenarai di bawah dan hasil ujian yang telah dijalankan mendapati bahawa produk-produk ini telah dicampurpalsu dengan bahan terlarang atau racun berjadual.

Produk berasaskan ikan haruan

Berdasarkan senarai tersebut, terdapat dua produk berasaskan ikan haruan telah disenaraikan. Produk tersebut adalah seperti berikut:

Dexamethasone tergolong dalam kelas ubat yang dikenali sebagai kortikosteroid. Selain itu, Dexamethasone boleh menyebabkan kesan sampingan.

Maklumkan kepada doktor jika ada gejala yang teruk atau tidak hilang seperti sakit perut, kerengsaan perut, muntah, sakit kepala, pening, insomnia, kegelisahan, kemurungan, kegelisahan, jerawat, peningkatan pertumbuhan rambut, lebam mudah. haid yang tidak teratur atau tidak ada.

Orang awam agar dinasihatkan agar tidak membeli atau menggunakannya

Bagi pihak NPRA, mereka ingin menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk tersebut. Sesiapa yang mempunyai stok produk-produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini juga adalah disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan (jika perlu) dari ahli profesional kesihatan.

Selain itu, orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Maklumat status pendaftaran bagi sesuatu produk boleh dibuat dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/ atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *