Bapa dedahkan video anaknya didera oleh pemilik pusat asuhan anak autisme. Ini yang berlaku

Kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan kedua ibu bapa terpaksa keluar bekerja demi mencari nafkah untuk keluarga dan anak-anak.
Anak-anak yang masih kecil pula dihantar ke pusat asuhan kerana kesibukan ibu bapa bekerja. Harapan kedua ibu bapa agar anaknya menjadi yang terbaik hasil didikan di pusat asuhan tersebut.
Namun, tidak semua berlaku mengikut apa yang kita harapakan, apabila anak kita dengan mangsa dera di pusat asusahn tersebut.
Ternampak kesan lebam pada bahu kiri dan kedua-dua mata anaknya
Seorang bapa telah berkongsi rasa kecewa dan marahnya terhadap sebuah pusat asuhan kanak-kanak autisme, Maikidz Care Centre di Ampang, Selangor.
Kekecewaan ini timbul apabila dia menyedari ternampak kesan lebam pada bahu kiri dan kedua-dua mata anaknya, pada jam 12.45 tengah hari Jumaat lalu ketika mengambil mangsa.
Pada mulanya, seorang guru di situ memaklumkan kesan kemerahan pada tepi dahi kiri mangsa itu didakwa berlaku akibat tindakan mangsa menghantukkan kepala pada meja atas alasan tidak mahu makan.
Kerana merasa curiga dan tidak berpuas hati, bapa mangsa meminta melihat semula rakaman kamera CCTV yang menyebabkan segalanya terbongkar.
Bapa mangsa terus pergi membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Imigresen 1952. Terbaru, pihak polis telah memanggil lima saksi bagi membantu siasatan selepas laporan dilakukan bapa terbabit.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan dua orang saksi telah selesai membuat rakaman keterangan dan menanti tiga saksi lagi.
Kes masih dalam siasatan dan kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.
Berdasarkan kenyataan polis, guru yang juga pengetua kepada pusat asuhan itu adalah warga asing dan telahpun ditahan di pekarangan Pejabat Siasatan Seksual Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada Sabtu lepas.
Autisme mempunyai tahap yang berbeza
Masayarakat perlu tahu bahawa autisme mempunyai tahap yang berbeza. Dari satu spektrum, tingkah laku mereka sukar difahami atau tidak dapat difahami langsung oleh orang sekeliling mereka.
Mneuerut Dr. Nor Rahidah Abd Rahim, dari satu spektrum yang lain, anak-anak ini kelihatan normal seperti anak-anak yang lain, namun berkemungkinan mempunyai masalah komunikasi dan mempunyai masalah untuk bersosial.
Itulah punca kadangkala mereka lewat memberi respon kepada sesuatu maklumat. Namuan begitu, kebanyakan mereka mempunyai tahap sensitif deria yang lebih tinggi dari biasa.
Deria mereka amat sensitif hinggakan bunyi yang kita anggap biasa contohnya bunyi putaran kipas yang lembut dan tenang, boleh diproses sebagai suatu jeritan yang bingit.
Mereke menjadi takut, keliru, terganggu, stres, hairan atau berang. Bayangkan anak autisme yang derianya lebih sensitif dari deria kita. Logik jika yang dizahirkan ialah amuk yang mendadak!
Namun ada juga yang mempunyai sensitiviti yang rendah, di mana mereka menunjukkan reaksi yang sedikit terhadap kesakitan ataupun suhu.
Ibu bapa pula yang keliru bila anak-anak ini tidak mengadu apa bila terjatuh atau luka, ataupun bersahaja bila terpengang sesuatu yang panas.
Banyak yang kita perlu belajar tentang anak-anak autisme ini. Bolah baca peneranag penuh di pautan berikut: Mengenali Anak Autisme (Klik Sini)