Kematian Sadis Adik Suriyati Penyebab Tertubuhnya Institut Jantung Negara. Ini Kisahnya

Kematian Sadis Adik Suriyati Penyebab Tertubuhnya Institut Jantung Negara. Ini Kisahnya

Kesihatan jantung merupakan keutamaan bagi setiap individu. ia perlu sentiasa dijaga agar kita dapat mengelak sebarang penyakit kronik yang akan menganggu kehidupan harian kita.

Namun begitu, jika ditakdirkan terkena penyakit jantung, negara kita telah pun bersiap sedia dengan fasiliti dan kepakaran yang lengkap seperti di Institut Jantung Negara (IJN).

Sedar atau tidak, mungkin ramai yang tidak tahu antara sebab IJN tertubuh di negara ini lebih awal ada kerana sebuah kisah yang menyayat hari.

Tiada kepakaran tempatan dan kos pembedahan tinggi

Pada tahun 1979, seorang kanak-kanak tempatan bernama Suriyati Jamaluddin disahkan menghidap penyakit jantung berlubang. Ketika itu, pakar berkaitan penyakit jantung hanya berada di Filipina, London dan Wallington. Malangnya, Malaysia pula tiada kepakaran tersebut.

Oleh itu, adik Suriyati mesti dihantar ke Pusat Jantung Manila, Filipinan untuk menyelamatkan nyawanya. Kos untuk menampung rawatan dan perbelanjaan penerbangan menelan belanja sebanyak RM25,000 yang dikira agak tinggi pada zaman itu.

Pastinya ia agak sukar bagi ayah Suriyati yang bekerja sebagai penoreh getah. Dia terpaksa datang ke Ibu Pejabat Utusan Melayu di Kuala Lumpur untuk meminta bantuan bagi mengumpulkan dana.

Utusan Melayu telah memaparkan cerita adik Suriyati dan telah menjadi tular ke seluruh negara. Ramai pihak telah menghulurkan bantuan dan cerita itu menjadi berita pertama yang berjaya tarik perhaitan ramai orang untuk baca Utusan Melayu.

Tidak sampai seminggu, wang sejumlah RM75,000 berjaya dikumpul dek kerana murahnya hati rakyat Malaysia. Menariknya, sewaktu hari penerbangan ke Manila, ramai rakyat yang datang untuk memberi sokongan kepada ayah dan adik Suriyati.

Adik Suriyati pergi jua meninggalkan dunia ini

Selepas 11 hari adik Suriyati berada di Manila, pada 29 mei 1979, dia disahkan meninggal dunia waktu sebelum harinya menjalani pembedahan.

Susulan kes ini, lebih banyak kempen kesedaran agar dipercepatkan penubuhan pusat rawatan jantung di Malaysia digerakkan oleh Utusan Melayu.

Desakan demi desakan menyebabkan tertubuhnya Unit Pembedahan Jantung di Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 1982 serta diterukan dengan pembinaan khas Institut Jantung Negara (IJN) untuk pesakit jantung.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *