Lelaki berpakaian tentera menjilat tangan pekerja wanita di kedai vape. Kini diburu polis

Lelaki berpakaian tentera menjilat tangan pekerja wanita di kedai vape. Kini diburu polis

Kes cabul boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sama ada di tempat tertutup mahupun tempat terbuka di khalayak ramai. Ini kerana seseorang pencabul tidak mengira apa untuk melempiaskan nafsunya.

Jadi, amat penting bagi kita semua untuk sentiasa berhati-hati dan peka akan keadaan sekeliling kita. Sikap berdiam diri apabila berdepan situasi dicabut perlu dielakkan kerana ia memakan diri.

Memegang serta menjilat tangan mangsa

Siapa sangka, seorang lelaki yang memakai pakaian seragam tentera dikenalpasti mencabul seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat, Ampang.

Seperti dilaporkan oleh Harian Metro, pada mulanya suspek berkenaan datang ke kedai tersebut untuk membeli pod vape. Setelah selesai membeli dan keluar dari kedai, suspek masuk semula untuk memaklumkan kepada pekerja wanita itu bahawa podnya tidak berfungsi.

Pekerja wanita itu yang merupakan mangsa kemudiannya memeriksa pos itu menggantikannya dengan yang baru. Malangnya, suspek telah mengambil kesempatan dengan memegang serta menjilat tangan mangsa.

Hal ini telah dinyatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.  Selepas mangsa beritahu ada kamera litar tertutup (CCTV), suspek terus melepaskan tangan mangsa dan beredar dari tempat kejadian.

Kini, pihak polis sedangn berusaha mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu cabul.

Gangguan Seksual

Menurut Unit Psikologi Kementerian Sumber Manusia, gangguan seksual bermaksud perlakuan yang kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan, psikologi dan visual yang berunsurkan seks yang biasanya dilakukan berulang-ulang.

Perlakuan-perlakuan ini termasuklah sentuhan tubuh badan yang tidak diingini, paksaan mengadakan dating, dan pujuk rayu supaya melakukan hubungan seks di tempat kerja.

Kebiasaannya, cara gangguan seksual dikategorikan kepada tiga iaitu lisan, bahasa isyarat dan visual.

  • Lisan: Melalui kata-kata, komen, gurauan, usikan dan bunyi yang bersifat seksual
  • Bahasa isyarat: Isyarat tangan atau isyarat yang membayangkan perlakuan seks
  • Visual: Menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berbentuk seksual, serta mendedahkan tubuh berpakaian seksi

Jika berlaku perkara-perkara seperti diterangkan di atas ini, jangan berdiam diri dan laporkan kepada pihak berkuasa. Moga kita semua sentiasa selamat dari situasi-situasi tak diingini ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *