Produk Berasaskan Kopi & Tongkat Ali Ini Disahkan Merbahaya. Ini Bahan Digunakan

Produk Berasaskan Kopi & Tongkat Ali Ini Disahkan Merbahaya. Ini Bahan Digunakan

Satu senarai panjang produk yang mengandungi bahan terlarang telah dikeluarkan dan dikemaskini oleh pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sejak tahun 2017.

Menurut Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA), mereka telah menerima laporan kesan sampingan berkaitan produk-produk yang tersenarai di bawah dan hasil ujian yang telah dijalankan mendapati bahawa produk-produk ini telah dicampurpalsu dengan bahan terlarang atau racun berjadual.

Produk Berasaskan kopi dan tongkat ali

Berdasarkan senarai tersebut, terdapat dua produk berasaskan kopi & tongkat ali telah disenaraikan. Produk tersebut adalah seperti berikut:

Sildenafil adalah ubat yang digunakan untuk merawat ketidakfungsian ketegangan alat sulit lelaki. Ia meningkatkan aliran darah ke zakar untuk membantu lelaki mengalami ereksi.

Begitu juga Tadalafil, ia digunakan untuk merawat masalah fungsi seksual lelaki (mati pucuk atau ketidakfungsian ketegangan zakar). Dalam kombinasi dengan rangsangan seksual, tadalafil berfungsi dengan meningkatkan aliran darah ke zakar untuk membantu seorang lelaki mendapatkan dan menjaga ereksi.

Kedua-duanya boleh mendatangkan kesan sampingan yang paling biasa adalah sakit kepala, berasa sakit, rasa panas dan pening. Jadi, penggunaan kedua-dua jenis bahan ini perlu mendapatkan nasihat dari pakar dan tidak boleh diambil sembarangan.

Orang awam dinasihatkan agar tidak membeli atau menggunakannya

Bagi pihak NPRA, mereka ingin menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk tersebut. Sesiapa yang mempunyai stok produk-produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini juga adalah disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan (jika perlu) dari ahli profesional kesihatan.

Selain itu, orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Maklumat status pendaftaran bagi sesuatu produk boleh dibuat dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/ atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *