Anak Shah Rukh Khan Didakwa Terlibat Menyeludup Dadah. Ini Bukti Yang Ditemui Polis

Anak Shah Rukh Khan Didakwa Terlibat Menyeludup Dadah. Ini Bukti Yang Ditemui Polis

Sebelum populariti filem dan drama Korea meningkat naik di negara kita, filem Bollywood telah mewarnai stesen-stesen televisyen di rumah kita. Pelakon terkenal ketika itu semestinyalah Shah Rukh Khan yang sentiasa memberi kesan dalam watak lakonannya.

Nama Shah Rukh Khan sebelum ini agak jarang kita dengar terpalit dengan sebarang isu-isu negatif. Namun, baru-baru ini, nama baiknya sedikit sebanyak tercalar akibat perbuatan negatif yang dikaitkan dengan anaknya, Aryan Khan.

Aryan Khan Ditahan Di Kapal Persiaran

Sebuah portal tempatan India, News18 telah melaporkan bahawa Aryan Khan telah ditahan oleh pihak polis di sana dalam satu serbuan penyitaan dadah. Serbuan ini dilakukan di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai oleh pihak Narcotics Control Bureau (NCB).

Bagi membantu siasatan, Aryan Khan dilaporkan ditahan bagi membantu siasatan selepas beberapa bukti menunjukkan dirinya terlibat. Setakat ini pihak polis sedang mengesan perbualan WhatsApp Aryan dan dia boleh didakwa di bawah Akta Narkotik dan Bahan Psikotropik (NDPS) 1985.

Itu pun sekiranya pihak polis menemui kaitan antaranya dan sitaan dadah tersebut. Dalam penerangan lebih terperinci, pihak polis melakukan ke atas kapal Codelia yang menuju ke Goa pada 2 Oktober 2021.

Menrutu pegawai polis, suspek yang diperiksa mempunyai pelbagai jenis dadah seperti MDMA, Ecstasy, Cocaine, Mephedrone dan banyak lagi.

Hasil siasatan juga mendapati kapal persiaran itu dijadikan tempat untuk berpesta dan peserta perlu membayar Rs1 lakh atau RM5,636 untuk naik ke atas kapal.’ Setakat ini masih belum ada sebarang maklumbalas dari Shah Rukh Khan mengenai kes yang melibatkan anaknya.

Bila Penagih Dadah Dalam Kalangan Remaja Meningkat

Jika kita mengambil iktibar dari kes yang melibatkan golongan ternama ini, pastinya kita perlu sedar bahawa penyalahgunaan dadah juga merupakan isu besar di tanah air kita.

Umum megetahui bahawa kesannya boleh menyebabkan  kemudaratan kepada kesihatan fizikal, mental, emosi dan tingkah laku. Statistik pada tahun 2017 melaporkan bahawa bilangan penagih meningkat bermula peringkat remaja (13 hingga 18 tahun) sehingga belia (19 hingga 39 tahun).

Dari segi punca seseorang itu terlibat pula, statistik 2014 hingga 2018 menunjukkan pengaruh rakan sebaya menyumbang punca tertinggi sebanyak 59 peratus, diikuti perasaan ingin tahu, untuk keseronokan, tekanan jiwa dan lain-lain sebab.

Lain-lain sebab ini termasuk rangsangan, secara tidak sengaja, agresif, berasaskan pekerjaan, hiburan, kurang didikan agama, masalah kewangan, melangsingkan badan, penderaan, perubatan, rindu, seks, teraniaya tiada ilmu tentang dadah dan untuk belajar.

Jika diperhatikan data-data ini, dapat dilihat bahawa aktiviti penyalahgunaan dadah berada pada tahap membimbangkan, terutama jika dilihat penyalahgunaan yang bermula di peringkat usia remaja seawal 10 tahun.

Oleh itu, usaha membanteras gejala penyalahgunaan dadah memerlukan bantuan setiap individu. Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan tindakan yang sepatutnya dilakukan bagi sesuatu keadaan, ia boleh disalurkan kepada pihak berwajib seperti polis ataupun agensi bertanggungjawab untuk membanteras penyalahgunaan dadah iaitu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *