Dua wad di Hospital Pantai Terbakar Menimbulkan Detik Cemas. Ini nasib pesakit di sana

Dua wad di Hospital Pantai Terbakar Menimbulkan Detik Cemas. Ini nasib pesakit di sana

Sebagai rakyat Malaysia, kita semua patut bersyukur kerana kewujudan fasiliti kesihatan yang lengkap menyebabkan kita mempunyai pilihan sama ada ingin ke hospital kerajaan atau pun swasta untuk mendapatkan rawatan.

Bagi mereka yang memiliki insurans kesihatan, memilih hospital swasta untuk mendapatkan rawatan kerana adalah satu pilihan kerana tidak terlalu ramai dan lebih selesa.

Namun, kejadian baru-baru ini mungkin menimbulkan kerisauan apabila berlaku kejadian luar jangkaan di Hospital Pantai di Shah Alam, Selangor.

Seramai 30 orang pesakit dan 20 kakitangan terpaksa dipindahkan

Menurut laporan Kosmo, seramai 30 orang pesakit dan 20 kakitangan Hospital Pantai terpaksa dipindahkan selepas dua wad terbakar beberapa hari lalu.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 13 anggota dan pegawai bomba dihantar ke hospital sejurus mendapat panggilan kecemasan pada jam 11.38 malam itu.

Sewaktu tiba di lokasi kejadian, didapati dua buah bilik wad terbakar dan telah dikosongkan. Tiada kemalangan jiwa dan kematian yang dilaporkan setakat ini.

Konsep ‘receo’ telah digunakan oleh pasukan bomba untuk kerja menyelamat, memindahkan pesakit dan kerja pemadaman. Turut dipasang adalah tangga sehingga api padam sepenuhnya.

Norazam Khamis menjelaskan, api berjaya dikawal selepas 10 minit dan operasi di lokasi ditamatkan pada jam 12.57 pagi. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

¬†Perlulah kita menyediakan ‘payung sebelum hujan’

Jika diperhatikan daripada kejadian yang berlaku di Hospital Pantai ini, pujian harus diberikan kerana telah berjaya mengurus kemalangan itu dengan begitu baik sekali.

Kebakaran ini tidak boleh dijangka bila ia akan berlaku dalam sesebuah premis atau bangunan. Oleh itu, perlulah kita menyediakan ‘payung sebelum hujan’.

Sebab itu pentingnya latihan ‘fire drill’ dalam sesuatu organisasi.¬† Fire drill adalah latihan pemadaman kebakaran agar kita semua sentiasa berwaspada dan siaga dalam menghadapi kebakaran.

Tujuan utama diadakan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga kerja di bangunan tersebut tentang prosedur menyelamatkan diri jika berlaku sesuatu kecemasan yang melibatkan kebakaran.

Secara umumnya, latihan akan dilakukan secara mengejut apabila loceng kebakaran dibunyikan secara berturutan selama beberapa minit bagi memberi amaran kepada semua staf yang bertugas ketika itu.

Kemudiannya, semua akan berkumpul di tempat perhimpunan seperti yang telah ditetapkan. Pihak bomba seterusnya akan memberi taklimat keselamatan dan demonstrasi penggunaan hos dan alat pemadam api.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.