Seorang kanak-kanak OKU ditemui mati dalam sebuah van di Seremban. Ini puncanya

Seorang kanak-kanak OKU ditemui mati dalam sebuah van di Seremban. Ini puncanya

Siapa yang pernah berjumpa dengan kanak-kanak autisme? Pasti anda tahu bagaimana karakter dan betapa istimewanya mereka dalam kehidupan seharian.

Sejak akhir-akhir ini, kita banyak mendengar kisah-kisah negatif yang melibatkan kanak-kanak autisme atas tangan-tangan manusia yang tidak bermoral. Ada kanak-kanak autisme yang dipukul dan dilayan dengan teruk serta menyayat hati.

Terbaru, atas kecuaian seorang individu, seorang kanak-kanak autisme ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah van.

Pemandu van tidak menyedari meninggalkan mangsa di dalam kenderaan itu

Kejadian ini berlaku di depan rumah seorang pemandu van di Bandar Sri Sendayan, Seremban. Selepas tiga jam terkurung di dalam van,  seorang kanak-kanak perempuan autisme ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Pemanduvan tersebut tidak menyedari mangsa berada di dalam kenderaan itu sebelum kanak-kanak terbabit ditemukan tidak sedarkan diri pada jam 5.30 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, mangsa sepatutnya dihantar ke pusat jagaan, namun pemandu van pulang ke rumahnya tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam van.

Hasil maklumat, pemandu van tidak menyedari meninggalkan mangsa di dalam kenderaan itu, antara 2.30 petang hingga 5.30 petang di hadapan rumahnya.

Laporan telah diterima pada jam 7.46 malam mengenai kematian seorang kanak-kanak autisme berumur lapan tahun di dalam sebuah van di Taman Nusari Bayu 2.

Apa yang menyedihkan lagi, mangsa mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran.

Susulan kejadian tragik itui, pemandu van, berusia 34 tahun itu ditahan dan pihaknya akan memohon perintah reman terhadap lelaki itu. Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan untuk mengesahkan punca kematian.

Autisme mempunyai tahap yang berbeza

Masayarakat perlu tahu bahawa autisme mempunyai tahap yang berbeza. Dari satu spektrum, tingkah laku mereka sukar difahami atau tidak dapat difahami langsung oleh orang sekeliling mereka.

Mneuerut Dr. Nor Rahidah Abd Rahim, dari satu spektrum yang lain, anak-anak ini kelihatan normal seperti anak-anak yang lain, namun berkemungkinan mempunyai masalah komunikasi dan mempunyai masalah untuk bersosial.

Itulah punca kadangkala mereka lewat memberi respon kepada sesuatu maklumat. Namuan begitu, kebanyakan mereka mempunyai tahap sensitif deria yang lebih tinggi dari biasa.

Deria mereka amat sensitif hinggakan bunyi yang kita anggap biasa contohnya bunyi putaran kipas yang lembut dan tenang, boleh diproses sebagai suatu jeritan yang bingit.

Mereke menjadi takut, keliru, terganggu, stres, hairan atau berang. Bayangkan anak autisme yang derianya lebih sensitif dari deria kita. Logik jika yang dizahirkan ialah amuk yang mendadak!

Namun ada juga yang mempunyai sensitiviti yang rendah, di mana mereka menunjukkan reaksi yang sedikit terhadap kesakitan ataupun suhu.

Ibu bapa pula yang keliru bila anak-anak ini tidak mengadu apa bila terjatuh atau luka, ataupun bersahaja bila terpengang sesuatu yang panas.

Banyak yang kita perlu belajar tentang anak-anak autisme ini. Bolah baca peneranag penuh di pautan berikut: Mengenali Anak Autisme (Klik Sini)

Leave a Reply

Your email address will not be published.