Kos Pembedahan RM1.3 Juta. Ini Kisah Kembar Ahmad Muhamad Dibantu Putera Arab Saudi

Kos Pembedahan RM1.3 Juta. Ini Kisah Kembar Ahmad Muhamad Dibantu Putera Arab Saudi

Kisah mengenai kembar Siam ini pernah mendapat perhatian ramai sekitar tahun 2001 hingga 2002. Siapakha kembar Siam ini? Mereka ialah Ahmad dan Muhammad.

Mereka berdua dilahirkan pada tahun 1998 dalam keadaan bercantum yang merupakan satu-satunya yang wujud di Malaysia ketika itu. Bentuk fizikal mereka yang bercantum ini membuatkan orang menjadi sebak melihatnya.

Kisah mereka sampai ke telinga Putera Mahkota Arab Saudi

Ibu bapa mereka bukannya tidak mahu memisahkan Ahmad dan Muhamad ini. Tetapi, kos rawatan yang terlalu mahal berjumlah RM1.7 juta telah memberi beban kepada mereka.

Kisah ini telah menjadi tular ketika itu hingga sampai ke telinga Putera Mahkota Arab Saudi, Raju Abdullah Abdul Aziz. Sifat pemurah Putera Mahkota terserlah apabila beliau sudi menaja kos pembedahan untuk memisahkan kembar itu.

Pembedahan tersebut telah dilakukan di Hospital King Fadh National Guard di Riyadh, Arab Saudi pada September 2002 ketika mereka berusia 4 tahun.

Pembedahan ini berisiko tinggi kerana cantuman pada bahagian dada dan punggung yang memakan masa 22 jam 45 minit. Kesan pembedahan itu menyebabkan mereka masing-masing hanya mempunyai satu kaki.

Kemudiannya, mereka menerima bantuan kaki palsu daripada Raja Abdullah. Namun, selepas beberapa ketika, mereka tidak boleh memakainya kerana boleh menimbulkan risiko lain.

Ini kerana pemeriksaan pakar mendapati struktur badan mereka tidak lagi sesuai menggunakan kaki palsu dan perlu menjalani pembedahan berisiko tinggi jika hendak menggunakannya.

Meneruskan hidup walau dengan fizikal istimewa

Menurut pakar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berkemungkinan ada anggota yang tidak dapatĀ  berfungsi jika meneruskan pembedahan itu. Justeru, pihak mereka mengambil keputusan menjalani rutin tanpa menggunakan kaki palsu lagi.

Selepas pembedahan, mereka berdua masih lagi bergantung dengan pampers dan bapa mereka perlu mendukung mereka berdua untuk bergerak.

Walaupun fizikal mereka sebegitu, ini tidak menghalang mereka terus maju ke hadapan. Kedua-dua kembar iaitu Ahmad telah pun mengambil diploma dalam Reka Bentuk Grafik dan Muhamad pula dalam ijazah Teknologi Maklumat.

Bagi mereka, walau apa pun berlaku, hidup mesti diteruskan. Kata mereka lagi, tidak boleh harap orang lain sepenuhnya, kena usaha untuk dapat sesuatu. Kalau minat nak belajar kena cari jalan untuk belajar.

One thought on “Kos Pembedahan RM1.3 Juta. Ini Kisah Kembar Ahmad Muhamad Dibantu Putera Arab Saudi

Leave a Reply

Your email address will not be published.