“Tak faham kenapa arak TIMAH diluluskan oleh pihak tertentu”. Ini isi kandungannya

“Tak faham kenapa arak TIMAH diluluskan oleh pihak tertentu”. Ini isi kandungannya

Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan pengeluaran arak buatan Malaysia, iaitu TIMAH. Pelbagai kritikan yang dikeluarkan dari beberapa orang berpengaruh dan persatuan.

Bagi pihak Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), mereka menggesa kerajaan supaya segera mengharamkan penjualan jenama arak Timah keluaran Malaysia di pasaran negara ini.

Selain promosi biadap, kandungannya juga merbahaya

Menurut persatuan itu juga, iklan dan promosi arak berkenaan dianggap biadap kerana menampilkan imej lelaki berkopiah dengan janggut panjang, seolah-olah memaparkan individu berimej agama.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow,  sangat kecewa dengan jabatan yang memberi kebenaran penjualan arak berkenaan di pasaran tempatan.

Selain kandungan alkohol, pihak mereka tidak faham bagaimana pihak kementerian boleh memberi kebenaran menggunakan nama dan gambar yang boleh mencetuskan kemarahan.

Nama Timah itu sendiri umpama satu penghinaan kepada umat Islam apabila jenama yang ditonjolkan berkait dengan nama Melayu dan Islam iaitu Timah yang disingkatkan daripada Fatimah.

Malah, nama arak Timah itu sendiri dianggap sebagai hasil usaha berterusan dalam sejarah Tanah Melayu membawa kepada kemajuan pembangunan negara pada awal abad ke-20.

Apa yang mengejutkan, arak berkenaan dijual pada harga RM190 sebotol dengan kandungan alkohol sebanyak 40 peratus. Jumlah itu menunjukkan kandungan alkohol adalah tinggi, sekali gus menimbulkan masalah sosial dalam kalangan peminumnya.

Penggunaan label, gambar dan perkataan tidak masuk akal. Justeru, CAP mendesak kerajaan menjelaskan pendirian terhadap isu ini.

Alkohol boleh merosakkan atau memusnahkan sel-sel hati

Arak merupakan minum yang mengandungi alkohol. Menurut MyHealth, alkohol boleh merosakkan atau memusnahkan sel-sel hati.

Alkohol akan diproses oleh hati supaya boleh dikeluarkan dari badan anda. Hati boleh menjadi cedera atau rosak teruk jika alkohol diambil secara berlebihan dan berterusan secara kronik.

Peminum arak tegar (kaki botol) berisiko tinggi untuk mendapat penyakit hepar (hati) yang teruk. Walau bagaimanapun, sesetengah kaki botol boleh mendapat sirrosis hati TANPA menghidap hepar (hati) alkoholik.

Golongan ini mungkin tidak mempunyai gejala-gejala awal penyakit sirosis hati.

Selain itu, peminum arak yang tegar yang mempunyai penyakit hati seperti Hepatitis (jangkitan kuman pada hati) mempunyai risiko yang tinggi menghidap sirosis hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *