Produk Bersihkan Jerawat Ini Disahkan Mengandungi Dua Jenis Racun Terus. Ini Buktinya

Produk Bersihkan Jerawat Ini Disahkan Mengandungi Dua Jenis Racun Terus. Ini Buktinya

Kecantikan dan ketampanan wajah merupakan aset yang penting bagi seseorang. Ia mestilah dijaga sebaik mungkin sama ada secara semulajadi atau pun menggunakan produk tertentu untuk ia kekal menawan.

Terdapat pelbagai produk kosmetik di pasaran tempatan yang menjanjikan pelbagai manfaat buat pengguna. Tapi, tidak semuanya baik dan berkualiti seperti yang dijanjikan.

Oleh itu, amat penting bagi kita semua untuk sentiasa peka dan mengambil tahu mengenai produk-produk kosmetik yang telah dibatalkan pendaftaran atau notifikasinya atas isu campurpalsu.

Produk Membersihkan Jerawat

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara telah mengeluarkan senarai produk kosmetik yang disahkan dicampurpalsu bahan larangan.

Antara produk yang disenaraikan pada tahun 2021 adalah Skin Revolution – Acne Clearing Solution. Produk ini disahkan mengandungi dua jenis racun berjadual iaitu:

  1. Clindamycin
  2. Metronidazole

Penerangan Mengenai Racun Berjadual

Laman web kesihatan Medine Plus, menyatakan bahawa clindamycin digunakan untuk merawat beberapa jenis jangkitan bakteria, termasuk jangkitan paru-paru, kulit, darah, organ pembiakan wanita, dan organ dalaman.

Clindamycin berada dalam kelas ubat yang disebut antibiotik lincomycin. Ia berfungsi dengan melambatkan atau menghentikan pertumbuhan bakteria.

Manakala Metronidazole pula dilaporkan sebagai antibiotik. Ia digunakan untuk merawat jangkitan kulit, rosacea dan jangkitan mulut (termasuk gusi yang dijangkiti dan abses gigi). Ia digunakan dalam rawatan keadaan seperti vaginosis bakteria dan penyakit radang pelvis.

Namun kedua-keduanya tidak boleh digunakan secara sesuka hati. Ia perlu diuji dan mendapatkan nasihat daripada pakar untuk sebarang penggunaan.

Ini kerana kedua-duanya boleh mendatang kesan sampingan seperti kulit mengelupas, ruam dan gatal-gatal.

Pengguna produk ini dinasihatkan berhenti menggunakannya

Orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Maklumat status pendaftaran bagi sesuatu produk boleh dibuat dengan melayari laman sesawang rasmi, NPRA http://npra.moh.gov.my/ atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *