Pandelela Dedah Rahsia Diganggu Bekas Jurulatih Gatal. Ini Nasib Jurulatih Itu Sekarang
Ketika tular isu video pelakon membuat lawak mengenai rogol, Ratu Terjun Negara, Datuk Pandelela Rinong turut mendedahkan hal berkaitan yang pernah berlaku kepada dirinya.
Dalam satu bebenang ciapan di Twitter, dia mengatakan bahawa pernah ketika dahulu seorang jurulatihnya kerapa lawak berbaur lucah dan pernah membulinya selepas dia sendiri menegur sikap jurulatih berkenaan.
Jurulatihnya didakwa kes rogol
Dalam ciapannya itu, dia mengatakan bahawa sebelum ini dia hanya mendiamkan diri atau pura-pura ketawa kerana berasa takut dan bimbang setiap kali jurulatih itu membuat lawak sedemikian.
Jurulatihnya itu memang sangat gemar membuat lawak lucah, ketika itu dia hanya buat buat ketawa (fake laugh) sahaja. Namun, ada suatu masa dia tidak tahan, lalu menegur jurulatihnya itu tetapi dia pula dibuli.
Akhirnya, 7 tahun kemudian, jurulatihnya itu didakwa kes rogol. Apa yang menyedihkan, dalam masa 7 tahun itu, pihak atlet tidak boleh berbuat apa-apa kerana jurulatihnya itu mempunyai ‘back up’ besar yang melidunginya ketika itu.
Kita semua perlua mengambil pengajaran daripada kisah yang dikongsikan oleh Pandelela yang mana kita jangan berasa takut dan perlu bersuara. Terus laporkan kepada pihak berautoriti untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk.
Pendidika Seksual kepada anak kecil itu penting
Dr Zaharah Sulaiman, Pensyarah Perubatan USM mengatakan bahawa lawak lucah sudah menjadi satu budaya adalah kerana tiada tindakan yang diambil.
Penyalahgunaan kuasa atau pangkat dan mangsa yang risau jika mereka cuba bersuara, akan diperlekehkan oleh masyarakat sekeliling.
Oleh itu, penting untuk kita mengajar Pendidikan Seksual kepada lelaki dan perempuan sejak kecil lagi. Ini antara tips yang dikongsikan oleh pakar mengenai hal ini:
- Mulakan Kenal Nama Anggota badan dengan nama Betul. NOT FLOWER atau Bird. NO nama nama Vagina, Penis itu semua nama anggota badan.
- Masa mandikan anak ketika masih bayi lagi dah sebut nama kemaluan mereka namanya faraj/ vagina, zakar/ penis. Please Auditori anak mula menangkap.
- Masa pakaikan Pampers anak Ajar anak Cepat Cepat Tutup kemaluan Mereka. Yes Bukan just risau badan anak masuk angin or sejuk.
- Tanamkan Sikap Malu dari kecil, masa Mandi tutup Pintu, pakai Towel, kalau Boleh Ajarkan kemahiran Mandi sendiri agar anak yang sentuh bahagian tubuh bukan kita.
- Tolong ajar terus anggota badan Yang boleh Orang lain Sentuh dan tak boleh orang lain sentuh Termasuk ahli Keluarga.
- Di Tempat Pengasuh mahupan Tadika bincang Dengan teacher batas Batas Yang kita dah ajar supaya mereka Juga Turut Sama sama bantu.
- Ulang Point 1 ke 6 Dulu. Ini hanyalah Step permulaan. Banyak lagi point nak ajar anak sexual Education.