Pemindahan organ babi kepada manusia dibolehkan dengan syarat. Ini sebabnya

Pemindahan organ babi kepada manusia dibolehkan dengan syarat. Ini sebabnya

Buat pertama kali dalam sejarah perubatan dunia apabila dilaporkan bahawa pakar bedah di Amerika Syarikat (AS) berjaya melakukan pemindahan buah pinggang babi ke manusia.

Hal ini telah dilakukan oleh pasukan pakar bedah di NYU Langone Health di New York yang membuktikan sebagai satu langkah terbaru dalam penggunaan organ binatang bagi menyelamatkan nyawa manusia.

Operasi pembedahan ini melibatkan penggunaan gen babi yang diubah sehingga tidak mengandungi molekul yang diketahui akan berlaku penolakan segera oleh tubuh manusia.

Penerima orang pula adalah pesakit yang mempunyai kegagalan fungsi bahagian otak dengan tanda-tanda kegagalan buah pinggang. Namun begitu, timbul persoalan sama ada hal ini harus di sisi agama atau tidak?

Dibolehkan dengan syarat ia adalah darurat

Isu ini telah dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi artikel terbarunya.

Katanya, pemindahan organ khinzir kepada manusia adalah dibolehkan dengan syarat ia adalah darurat yang disahkan oleh pakar perubatan dan tidak ada alternatif lain yang lebih sesuai.

Namun, jika sudah ada alternatif lain yang halal, maka terbatallah keharusan ini. Beliau juga berpandangan bahawa sudah sampai masanya bagi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengeluarkan pandangan dalam isu ini.

Prinsip asas bagi pemindahan organ melibatkan manusia-haiwan adalah haram menggunakan najis untuk berubat jika ada bahan yang suci. Bahan najis boleh digunakan jika ia adalah keperluan yang mendesak dan tidak ada bahan yang suci lain yang boleh digunakan.

Menurutnya lagi, para ulama’ bersepakat tentang haramnya penggunaan najis sebagai bahan ubat namun, berbeza pada keharusannya atas sebab darurat.

Bagi mazhab Syafie, penggunaan tulang yang dikira najis, tidak dibenarkan kecuali pada keadaan yang amat mendesak dan tidak ada alternatif lain daripada tulang yang suci.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *