Penularan sama seperti Covid-19. Ini penyakit yang masih wujud dan boleh merebak melalui udara

Adakah anda pernah mendengar tentang penyakit kusta? Ya, inilah penyakit yang mempunyai keupayaan untuk menular seperti Covid-19 dan boleh merebak melalui udara. Mengikuti pernyataan MOH, penyakit ini masih wujud di seluruh dunia dan ada 100 negara yang masih berperang dengan penyakit ini. Namun pun begitu, MOH juga telah sahkan bahawa 95% orang secara semulajadi imun kepada bakteria kusta ini dan telah pun diklasifikasikan sebagai endemik.
APAKAH YANG SEBABKAN PENYAKIT KUSTA INI?
Penyakit kusta atau dikenali sebagai penyakit hansen disebabkan oleh sejenis bakteria yang bernama mycobacterium leprae. Bakteria ini akan menjangkiti pesakit melalui rebakan udara ‘airbone;’ samaada penyakit yang menjadi pembawa ini batuk ataupun bersin. Apabila telah dijangkiti, penyakit kusta seterusnya akan merebak ke kulit, anggota badan, saraf-saraf tertentu di dalam badan manusia. Selain itu, bakteria ini dilaporkan akan menyerang mata dan saluran pernafasan. Eh, ngeri kan?
TANDA-TANDA PENYAKIT KUSTA

Penyakit kusta ini akan bermula selepas seseorang itu menghirup udara titisan yang mengandungi bakteria tersebut. Melalui MOH juga, tanda-tanda kemunculan pesakit kusta ini akan muncul dalam masa 2-5 tahun. Fuh, lama jugak kan? Oleh sebab itulah kadang-kadang ada penyakit kusta yang tidak tahu dan mengambil endah mengenai tanda-tanda pada tubuh badan mereka.
Antara tanda-tanda penyakit kusta ini ialah, tompokan pada kulit yang kebiasaannya putih dan berlanjutan. Tompokan ini juga tidak menimbulkan rasa gatal. Haa, ada sesiapa yang punyai simptom ni? Baik pergi check.
Bukan itu sahaja, penyakit kusta dapat dikenal pasti apabila berkurangnya rasa deria terhadap sentuhan, contohnya seseorang itu sudah tidak sakit apabila memegang sesuatu yang panas. Perkara ini disebabkan bakteria yang telah pun merosakkan saraf deria pesakit kusta tersebut.
JANGAN RISAU PENYAKIT KUSTA BOLEH DIRAWATI
Anda mempunyai saudara-mara atau sesiapa yang anda kenali menghidap penyakit kusta? Usah risau, kerana penyakit ini boleh dirawat dan mempunyai peluang untuk sembuh. Terlebih dahulu, seseorang itu perlulah melawati pusat-pusat kesihatan bagi mengesahkan penyakit tersebut. Melalui sumber WHO, penyakit kusta ini boleh dirawat melalui kaedah rawatan MDT, iaitu pesakit akan dibekalkan dengan ubat-ubatan antibiotik (Dapsone, Rifampin, Clofazimine) bagi melumpuhkan bakteria tersebut.
Oleh itu, amatlah penting jika seseorang itu menyedari tanda-tanda penyakit kusta yang ada pada dirinya. Jika diberi rawatan awal, pesakit itu boleh sembuh dan terhindar dari kecacatan kekal seperti buta, kehilangan anggota badan dan deria rasa.
Jadi, tunggu apalagi? Mari bantu orang ramai untuk ambil tahu mengenai penyakit ini, dan sedarkan mereka bahawa penyakit kusta ini boleh dirawat!