Kalah dengan harga Siakap. Ini ikan yang boleh cecah harga RM1800 sekilo

Masih tular dengan harga ikan kayangan yang tidak masuk akal iaitu Siakap yang mencecah RM1700 untuk berat 7 kilo di Pulau Langkawi. Kini, harga tersebut cumalah biasa-biasa bagi seekor ikan yang hidup di Kepulauan Borneo, iaitu Sarawak. Ikan ini merupakan ikan empurau, atau lebih dikenali sebagai raja sungai Sarawak.
Hah anda pernah dengar mengenai ikan ni atau mungkin pernah rasa isi ikan ini? Jika pernah, anda memang bukan kaleng-kaleng!
BIODATA IKAN EMPURAU

Ikan empurau ataupun dikenali sebagai ikan kelah termasuk dalam golongan keluarga kap. Ikan ini hidup di Asia Tenggara, dan merupakan ikan yang sememangnya berasal dari negeri Sarawak. Ikan ini juga didapati hidup di negara-negara lain seperti Thailand . Ikan ini terkenal dengan rasanya yang sangat lazat, isinya yang lembut dan bertekstur kenyal.
Pasti anda tidak percaya bukan, harga bagi setiap kilogram isi ikan ini boleh mencecah sehingga RM1800 sekilo. Wow, boleh angkat satu komputer riba baru! Oleh kerana kebolehpasarannya yang cukup lumayan, ramai penternak dan juga pemancing berlumba-lumba untuk mencari ikan ini. Mengikut sumber, ikan ini pernah terjual sehingga RM7900 bagi 7KG dan RM15 000 untuk 27Kg.
Penternakan bagi ikan empurau telah mula dijalankan oleh penternak-penternak ikan lainnya seperti pengusaha penternak The Royal Empurau. Namun tahukah anda? Ikan empurau yang liar lebih sedap isinya dan lebih mahal berbanding ikan yang diternak dan dibiak. Keadaan ini disebabkan oleh diet ikan liar empurau tersebut. Ikan empurau yang hidup di kawasan Sungai Sarawak akan memakan buah-buahan liar yang tumbuh di tepi sungai. Oleh itu, tidak hairanlah jika isi ikan empurau liar lebih enak dan terasa lebih semulajadi.
IKAN EMPURAU LAMBANG KEKAYAAN

Ikan empurau merupakan lambang kekayaaan, dimana ahli-ahli perniagaan akan menternak ikan ini dan diletakkan di dalam akuarium sebagai simbolik kekayaan. Mengikut Anim Agro Technology, kajian harga menunjukkan di Ipoh, Perak ikan ini djual dengan harga RM1,900 (USD500) dan di Kuala Lumpur ia dijual dengan harga RM2,100 (USD 560) untuk satu hidangan. Pergh, menangis dompet kalau-kalau ikan ni dijual kat Langkawi! Eh..