Pelik bentuk kuku berlainan dari orang lain. Ini mungkin petanda penyakit yang dialami oleh lelaki ini

Pelik bentuk kuku berlainan dari orang lain. Ini mungkin petanda penyakit yang dialami oleh lelaki ini

Video TikTok seorang lelaki di negara seberang Indonesia menjadi tular apabila beliau melihatkan kegusaran merakam kukunya yang kelihatan besar dan tidak normal. Di dalam video itu juga, lelaki tersebut bertanya mengenai adakah mempunyai kuku seperti itu normal ataupun sebaliknya.

Via TikTok

Rata-rata netizen telah memberikan komen dan menyarankan lelaki itu untuk membuat rawatan lanjut di pusat kesihatan kerana kondisi kuku yang tidak normal itu memberi petanda penyakit jantung, penyakit hati dan penyakit kronik lain. Kondisi kuku yang tidak sihat itu dipanggil nail clubbing.

APA ITU  CLUBBING NAIL?

Via PicturingMedicine

Mengikut portal MOH, clubbing nail merupakan keadaan dimana hujung jari membengkak dan kuku berlekuk disekelilingnya. Seseorang yang mempunyai kuku seperti ini biasanya mempunyai kaitan dengan penyakit jantung, paru-paru, usus, atau penyakit hati. Dalam keadaan tertentu bagi penyakit jantung juga, warna clubbing nail boleh menjadi biru (cyanosed).

Walaubagaimanapun, bentuk nail clubbing juga boleh disebabkan oleh keturunan.

JOM LIHAT KUKU ANDA! KUKU BOLEH JADI PETANDA ANDA PUNYAI PENYAKIT

Via taleexams

Dalam hantaran posting Facebook Public Health Malaysia, terdapat cara-cara yang disertakan untuk menyemak dan melihat kondisi kuku anda, jika anda memiliki clubbing nail.

  • Rapatkan kedua dua jari (kiri dan kanan) , sentuh permukaan kuku bagi kedua dua jari.
  • Bagi jari yang normal, anda akan melihat lubang yang berbentuk di antara kedua dua jari tersebut.
  • Bagi jari clubbing pula, bentuk itu tidak kelihatan.

Untuk keterangan lanjut mengenai kondisi kesihatan anda, cepat-cepatlah berjumpa pakar perubatan. Keadaan ini mungkin nampak kecil, tetapi akan memberikan impak kepada kesihatan tubuh badan anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *