Masih ingat kes bayi yang ditemui dalam peti sejuk? Suspek hanya terima hukuman 6 tahun penjara

Masih ingat kes bayi yang ditemui dalam peti sejuk? Suspek hanya terima hukuman 6 tahun penjara

Pada tahun 2018, telah gempar satu kejadian dimana seorang bayi berusia 5 bulan ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala di rumah sewa pengasuhnya bertempat di Jalan Nakhoda Kiri 3, Batu Caves. Dan lebih parah lagi, bayi malang itu juga dijumpai di dalam bahagian sejuk beku pada peti ais di rumah itu.

Suspek, Noor Aqilah pada mulanya mendakwa bahawa, Adam Rayqal telah pun diberi pada seseorang yang mengaku ayah kepada bayi tersebut, dan mengesahkan Adam Rayqal telah pun dilarikan oleh lelaki itu. Hanya sekadar untuk menutupi kesalahan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua apabila mayat Adam Rayqal ditemui di dalam peti sejuk rumah pengasuh itu.

Ibu mangsa, Farah Madiha kelihatan pilu mengenai tragedi hitam yang berlaku pada anaknya. Via NST

Mengikut kenyataan yang diberikan oleh AmazingNara, pengasuh itu mengatakan bahawa Adam Rayqal tersedak susu, dan telah ditemui dalam keadaan yang tidak bernyawa. Akibat panik, bekas pengasuh tersebut terus menyorokkan mayat Adam di dalam peti sejuk bagi melarikan diri dari kematian bayi tersebut. Namun, hasil bedah siasat yang dilakukan telah mendapati bahawa mayat Adam mempunyai kesan kecederaan pada kepala akibat daya objek tumpul dan bukannya tersedak susu.

TAHUN 2018, DIDAKWA ATAS DUA PERTUDUHAN IAITU MENCEDERAKAN DAN SEMBUNYIKAN KEMATIAN

Bekas pengasuh Adam Rayqal, Noor Aqilah. Via Mstar

Dalam kenyataan Mstar, pada 3 Julai 2018,  bekas pengasuh yang masih tidak mahu mengaku salah telah  didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan ke atas Adam Raykal Mohd Sufi Naeif didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di kepala di sebuah rumah di Jalan Nakhoda Kiri 3, Batu Caves antara jam 6.20 petang dan 6.50 petang 3 Julai 2018.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula ialah, wanita itu didakwa melupuskan mayat mangsa dengan niat untuk menyembunyikan kematiannya bagi menyebabkan dia terlepas hukuman di lokasi dan masa yang sama. Untuk  kesalahan itu, suspek didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

SELEPAS 3 TAHUN BERLALU, MAHKAMAH RAYUAN HANYA JATUHKAN 6 TAHUN PENJARA PADA BEKAS PENGASUH

Kini, hukuman bagi Noor Aqilah kekal 6 tahun. Via Berita Harian

Kini, mengikut kenyataan yang diberikan oleh Bernama, Noor Aqilah bekas pengasuh Adam Rayqal hanya dijatuhkan hukuman 6 tahun sekaligus pada kesalahan-kesalahan yang telah dibuatnya. Hukuman beliau yang pertama iaitu, hukuman penjara 3 tahun enam bulan, denda RM5000 bagi pertuduhan dedahkan mangsa dengan cara yang sebabkan bayi malang mengalami kecederaan di kepala.

Selain itu, wanita itu turut diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda selain dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM8,000 dan menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam dalam tempoh enam bulan.

Untuk pertuduhan yang kedua pula, hanya penjara 18 bulan, denda RM5000 ke atas wanita tersebut dalam kesalahan melupuskan mayat Adam bagi melarikan diri dari kematian bayi malang tersebut.

Sebelum ini juga, pada tahun 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam ada  membenarkan rayuan pendakwaan dan menaikkan hukuman penjara kepada enam tahun bagi kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 manakala hukuman penjara bagi pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan perintah lain yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Selayang dikekalkan.

Bagaimanapun, mahkamah itu memerintahkan Noor Aqilah menjalani hukuman penjara secara serentak iaitu enam tahun sahaja.
Mohd Redzuan, ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu, berkata anak guamnya telah membayar denda RM10,000 dan menjalani khidmat masyakat selama 200 jam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *