Letak ubat gigi pada kulit melecur bukan solusi yang betul. Ini tindakan awal yang perlu dibuat jika kulit anda melecur

Letak ubat gigi pada kulit melecur bukan solusi yang betul. Ini tindakan awal yang perlu dibuat jika kulit anda melecur

Ouch, tiba-tiba pulak minyak masak yang kita gunakan untuk menggoreng ikan meletup secara tiba-tiba. Habis kulit melecur dek kerana kepanasan minyak tersebut. Kita pun cepat-cepat berlari ke bilik mandi dan coletkan ubat gigi pada kulit yang terkena minyak panas tadi. Orang kata untuk sembuhkan kulit dan  elakkan kesan hitam pada kulit akibat melecur.

BOLEH SEBABKAN JANGKITAN KUMAN DAN LAMBATKAN PROSES PENYEMBUHAN

Tapi, tahukah anda? Perbuatan meletakkan ubat gigi pada kulit yang melecur bukanlah satu tindakan yang betul. Mengikut Public Health Malaysia, ubat gigi jika diletakkan di atas kulit yang melecur boleh menyebabkan haba terperangkap di dalam kulit. Ini menyebabkan kesan terbakar menjadi lebih teruk. Tidak cukup dengan itu, kulit boleh dijangkiti kuman dan akan melambatkan proses penyembuhan.

Via Public Health Malaysia

Oleh itu, apakah tindakan awal yang perlu dibuat jika kulit melecur? Anda hanya perlu  mengalirkan luka melecur tadi pada air selama 20 minit. Keadaan ini boleh membantu proses penyembuhan dan mengurangkan komplikasi akibat melecur tadi. Selepas itu, balut luka anda dan segera berjumpa dengan doktor.

JANGAN OLESKAN MENTEGA ATAUPUN AIS PADA LUKA LECUR

Anda juga dinasihatkan untuk tidak  mengoles apa-apa bahan di luka melecur seperti mentega ataupun ais, dan jangan sekali-sekali meletupkan gelembung pada kesan luka lecuran tersebut. Jika anda masih juga berbuat demikian, bersedialah untuk terkena komplikasi jangkitan kuman dan sebagainya.

TIPS BAGI MENGELAKKAN TRAGEDI LECUR DI RUMAH

Mengikut portal MyHealth, tragedi lecur di rumah boleh dicegah dengan:-

  • Tidak meninggalkan bahan masakan  diatas dapur yang menyala.
  • Jauhkan pemegang periuk kebelakang tungku dapur.
  • Gunakan sarung tangan khas untuk oven yang menutupi tangan hingga pergelangan tangan.
  • Jangan memasak dengan memakai pakaian yang terlalu longgar sehingga mudah menangkap api semasa memasak.
  • Elakkan merokok di dalam rumah terutama di atas katil atau bahan-bahan yang mudah terbakar
  • Simpan bahan kimia, pemetik api atau mancis api jauh dari kanak-kanak.

Oleh itu, sentiasalah berhati-hati, dan ingat ya jangan sesekali meletakkan sesuatu seperti ubat gigi pada luka ataupun lecuran. Buruk padahnya. Jangan lupa juga untuk dapatkan nasihat doktor yang bertauliah bagi merawat kesan lecuran tu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *