Nak kekalkan imuniti ketika musim pandemik? Ini buah tempatan yang ada 4 kali ganda kandungan vitamin C berbanding buah oren.

Nak kekalkan imuniti ketika musim pandemik? Ini buah tempatan yang ada 4 kali ganda kandungan vitamin C berbanding buah oren.

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan tropika dan buah-buahan tempatan. Tanahnya yang subur membolehkan ramai rakyat Malaysia menikmati pelbagai jenis buah-buahan. Buahan-buahan yang sinonimnya menyimpan pelbagai vitamin menjadi buruan bagi pencinta kesihatan. Namun, tahukah anda terdapat satu jenis buah tempatan yang mengandungi kandungan vitamin C lebih tinggi dari buah oren? Hah, apakah buat tersebut?

BUAH JAMBU BATU SIMPAN PELBAGAI KHASIAT

Ya, buah jambu batu. Buah jambu batu merupakan buah-buahan tempatan yang memang sangat dekat di hati kita. Buah ini bukan sahaja senang didapati di mana-mana malah memang popular untuk dimakan sebagai snek ataupun dibuat jus. Bukan hanya sekadar snek yang enak dan berkhasiat, namun kajian dari USDA mendapati buah jambu batu mempunyai kandungan vitamin C lebih tinggi dari buah oren. Nah, jadi tunggu apa lagi? Bagi mereka yang ingin kekalkan imuniti lebih-lebih ketika musim pandemik ni, bolehlah mula makan jambu batu ya!

CANTIKKAN KULIT DAN SUMBER AWET MUDA

Oleh kerana kandungan vitamin C pada buah jambu batu tinggi, sudah tentulah ia akan mencantikkan kulit anda semua. Buah ini juga bertindak sebagai anti-penuaan kerana mengandungi vitamin A, B dan C dan berfungsi untuk mencerahkan serta menegangkan kulit anda. Fuh, macam tak perlu ke SPA kan? Makan je buah jambu batu ni!

MENGURANGKAN SAKIT SENGGUGUT PADA WANITA

Pada tahun 2007, terdapat satu kajian mendapati bahawa daun buah jambu batu mempunyai unsur yang boleh mengurangkan sakit senggugut pada wanita yang datang haid.  Peserta kajian yang mengambil sebanyak 6 miligram ekstrak daun jambu batu telah mengurangkan kesakitan haid berbanding peserta yang hanya memakan ubat penahan sakit.

SNEK DIET YANG BAIK

Untuk mereka yang sedang berdiet dan berusaha untuk mengurangkan berat badan, anda bolehlah mengambil buah jambu batu sebagai snek harian anda. Buah ini mengandungi serat yang tinggi dan akan melancarkan sistem penghadaman anda, selain turut mengenyangkan kerana mempunyai unsur karbohidrat yang baik. Oleh itu pengambilan buah jambu batu ketika masa makan anda membolehkan anda kenyang sepanjang hari dan membantu untuk mencapai proses diet anda. Nah, sesiapa yang nak kurus tu bolehlah ambil buah jambu batu ya!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *