Roselle, ini khasiat semulajadi yang semakin dilupakan orang kita

Anda pernah menonton cerita Lagi-lagi Senario di kaca TV? Hah, mesti pernahkan? Ada satu dialog yang dikatakan oleh Wahid pada waktu itu ketika mempromosikan satu minuman di gerai Roti Special Azlee.
“Anda tidak mahu minuman bergas? Usah risau, kerana kami ada jus roselle yang punyai banyak khasiat!”
Siapa sangka pada waktu tersebut jus Roselle merupakan satu jus biasa yang boleh dijumpai di mana-mana gerai. Tapi, jika difikir-fikirkan semula, nama jus Rosella itu seperti sudah tidak dikenali lagi buat masa ini. Cuba sapa anak-anak pada masa sekarang dan tanyakan, adakah mereka mengenali jus Rosell? Sudah tentu ada sebahagiannya yang menggaru kepala.
TENTANG ROSELLE

Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus Rosa Sabdariffa L merupakan tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai khasiat dalam sejarah perubatan dan juga kecantikan. Roselle merupakan tumbuhan bermusim dan boleh membesar dan mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. Roselle ini boleh ditanam dan boleh tumbuh subur jika dijaga dengan betul. Hah, cantikkan? Siapa tahu Roselle rupa-rupanya menyimpan banyak khasiat.
SUMBER VITAMIN C SEMULAJADI
Mengikut kajian, tumbuhan Roselle ini mengandungi asid askorbik ataupun lebih dikenali sebagai vitamin C. Dalam buku,“Healing Herbal Teas,”, tanaman Roselle dikatakan mengandungi 6.7 mg asid askorbik. Vitamin C merupakan vitamin yang penting untuk menjaga kesihatan dan imuniti tubuh badan manusia. Tumbuhan Roselle yang segar ataupun dikeringkan boleh mengandungi vitamin C yang tinggi untuk membantu:-
- Menguatkan sistem imuniti tubuh badan
- Anti keradangan dan anti bakteria
- Boleh mengurangkan demam
ANTI OKSIDAN
Tahukah anda? Tanaman Roselle ini kaya dengan bahan anti oksidan sekaligus berfungsi untuk melindungi hati dari pelbagai masalah dalaman. Anti Oksidan di dalam tanaman Roselle ini membantu untuk mengelakkan penyakit dalam meneutralkan radikal bebas dalam sel tisu dalam badan anda. Selain itu, tamanan Roselle ini juga dapat mengelakkan penuaan pada kulit tau!
MENGURANGKAN BERAT BADAN
Hah, ini mungkin kebaikan yang dicari oleh mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Tanaman Roselle juga boleh dibuat teh, dan mengikut kajian yang telah dilakukan, teh Roselle boleh membantu untuk mengurangkan berat badan. Ekstrak bunga roselle ini boleh menjadi bahan penyerapan kanji dan juga glukos pada tubuh badan kita. Selain itu, ia juga membantu pengeluaran enzim amilase, enzim yang berfungsi untuk memecah kanji menjadi gula yang lebih kecil dan sederhana. Oleh itu, teh roselle ini berfungsi untuk mengurangkan kadar gula di dalam badan, dan dapat membantu mengurangkan berat badan.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom tanam Roselle, banyak kebaikkan semulajadi yang boleh didapati untuk kita semua.