Harga telur dan sayur naik bebankan kumpulan B40 untuk dapatkan nutrisi semulajadi

Harga telur dan sayur naik bebankan kumpulan B40 untuk dapatkan nutrisi semulajadi

Baru-baru ini telah tular peningkatan harga telur dan juga sayur yang sangat mendadak. Kenaikan harga barangan harian ini bukan sahaja menggusarkan rakyat malah menambahkan beban kumpulan B40 untuk mendapatkan nutrisi semulajadi pada tubuh badan. Mengikut Sinar Harian, peningkatan harga telur naik sebanyak RM2 sepapan. Kebiasaannya harga telur sepapan berharga RM10, namun kini ianya telah mencecah RM12 sepapan.

Lalu, secara tidak sedar sudah tentulah harga bagi pembelian sebutir telur juga turut meningkat.

TELUR SUMBER PROTEIN UNTUK GOLONGAN B40

Via Bajaj Health

Walaupun nampak kecil, tetapi tahukah anda telur kaya dengan sumber vitamin dan protein. Telur mampu menguatkan dan menjadi sumber tumbuh besaran yang baik. Selain itu, telur juga mengandungi vitamin dan mineral seperti vitamin A, Vitamin B-12 dan selenium bagi meningkatkan daya tahan imuniti tubuh badan. Oleh itu, peningkatan harga telur merupakan hal yang perlu dititikberatkan dan perlu dipandang serius mereka yang tertentu.

Tidak semua rakyat mampu membeli daging ataupun makanan laut untuk dijadikan sumber protein sehari-harian. Jika diselidiki juga, sudah tentu ramai golongan B40 masih bergantung kepada khasiat telur untuk mendapatkan tenaga dan mengisi perut.

SAYUR-SAYURAN PUNCA VITAMIN DAN MINERALĀ 

Via The Malaysian Insight

Begitu juga dengan peningkatan harga sayur-sayuran. Harga sayur-sayuran juga dilaporkan meningkat selepas tularnya peningkatan harga telur. Terkini, satu infografik dari Malaysian Insight telah memaparkan peningkatan harga sayur yang terkini.

Kita semua tahu bahawa sayur-sayuran merupakan punca vitamin dan mineral yang semulajadi. Peningkatan kepada makanan harian seperti telur dan juga sayur akan terus memberikan impak negatif kepada golongan yang tidak berkemampuan lebih-lebih lagi ketika tahap pemulihan musim pandemik ini.

Justeru, disarankan bahawa kepada pihak berwajib segeralah mengamati dan ambil berat isu kenaikan harga makanan harian kerana sememangnya rakyat amat terkesan dengan peningkatan harga barangan yang sangat mendadak ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *