9 ahli keluarga muntah darah akibat makan cendawan beracun. Mari kenali fizikal cendawan beracun sebelum petik!

9 ahli keluarga muntah darah akibat makan cendawan beracun. Mari kenali fizikal cendawan beracun sebelum petik!

Musim hujan masih lagi berlaku di beberapa kawasan dalam negara kita Malaysia. Akibat cuaca yang lembab, maka cendawan pun senang untuk membiak atas faktor persekitaran yang lembab. Cendawan merupakan makanan yang sudah tidak asing lagi buat rakyat Malaysia, pertumbuhannya adalah secara meliar dan ada juga yang telah menjadi tumbuhan ternakan untuk menjana pendapatan.

Namun pun begitu, tahukah anda terdapat cendawan beracun yang tak boleh disentuh ataupun dimakan oleh manusia.  Kejadian ini berlaku baru-baru di Kampung Nyiur Paka apabila sembilan ahli keluarga muntah berdarah akibat memakan cendawan beracun. Dalam kenyataan Utusan Harian, kejadian malang itu berlaku pada 8 November telah mengakibatkan keluarga Nurul Musfirah Ghazali, 32, termasuk suaminya, Muhammad Nurhadi, 36, dan tujuh anaknya yang berusia antara empat hingga 13 tahun dirawat di Hospital Dungun selama tiga hari.

Nurul Musafirah berkata, beliau telah memetik cendawan tersebut untuk dimasak bersama sayur-sayuran tanpa mengetahui bahawa ianya beracun. Akibatnya, kurang sejam selepas mereka menikmati juadah tersebut, perut mereka sekeluarga menjadi panas dan anak-anak beliau satu persatu rebah.

Walaupun begitu, nasib menyebelahi  apabila mereka berjaya mendapatkan rawatan dengan segera di Klinik Kesihatan Paka, dan telah ditahan di hospital selama tiga hari sehingga pulih sepenuhnya.

KETAHUI CENDAWAN BERACUN, JANGAN MAIN PETIK JE!

Sumber: Public Health Malaysia

Dalam posting yang telah dikeluarkan oleh Public Health Malaysia, terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti cendawan tersebut beracun iaitu:-

  • Topi cendawan berwarna merah terang
  • Selaput putih pada pangkal batang di dalam tanah (Volva)
  • Insang berwarna putih (Kebiasaannya cendawan yang boleh dimakan, insangnya berwarna merah jambu)
  • Cincin pada batang cendawan

Oleh itu, sebelum memetik ataupun beli daripada peniaga teliti terlebih dahulu anatomi cendawan tersebut, takut-takut anda termakan cendawan yang beracun pula. Apapun, jaga diri dan peka terhadap keadaan sekeliling!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *