Omicron, varian Covid-19 baharu yang tinggi tahap mutasinya

Omicron, varian Covid-19 baharu yang tinggi tahap mutasinya

Omicron, macam nama robot pulak kan? Namun, tahukah anda Omicron merupakan varian Covid-19 baharu yang lebih berbahaya dari varian-varian terdahulu. Mengikut Harian Metro, varian ini boleh dijumpai di sekitar Afrika Selatan seperti  Botswana, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe. Oleh itu, negara kita telah menggesah agar larangan untuk ke negara-negara tersebut bermula 27 November.

Perkara ini juga adalah bagi mengelakkan varian Omicron berpindah dan merebak ke kawasan negara kita, Malaysia. Sementara itu, di Kuala Lumpur , pakar penyelidik masih memerlukan masa bagi mengumpul bukti untuk mengetahui adakah varian ini bersifat pembunuh cepat ataupun sebaliknya. Selain itu, Pakar Virologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Chee Hui Yee berkata, penyelidik perlu menjalani ujian untuk mengetahui sama ada antibodi dalam badan orang yang dijangkiti oleh varian lain dan yang divaksinasi boleh membunuh varian berkenaan atau menghalang varian itu untuk merebak.

WHO SAHKAN OMICRON VARIAN YANG MEMBIMBANGKAN

Melalui WHO pula, varian ini diklasifikasikan sebagai varian yang membimbangkan kerana telah bermutasi terhadap alam sekeliling. Institut Kebangsaan Penyakit Berjangkit Afrika Selatan mengesahkan mengenai kewujudan varian baharu itu yang dilaporkan mempunyai 32 mutasi dan telah merebak di tiga wilayah berbeza di rantau itu.

Terkini, Australia telah mengesahkan bahawa terdapat kes pertama varian Omicron pada dua penumpang yang menjalani ujian saringan selepas tiba di Sydney dari selatan Afrika. Pihak berkuasa kesihatan New South Wales (NSW) berkata, pihaknya telah pun menjalankan ujian genomik dan mengesahkan strain baharu itu terdapat pada dua individu yang mendarat di Sydney.

NSW Health dalam satu kenyataan menjelaskan, kedua-dua penumpang itu datang dari selatan Afrika dan tiba di Australia menerusi penerbangan Qatar Airways melalui Doha. Katanya, mereka diuji positif COVID-19 sebaik tiba, yang membawa kepada analisis segera untuk kemungkinan jangkitan oleh strain Omicron yang tinggi tahap mutasinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *