Kuku ada garisan hitam? Ini amaran kesihatan yang anda perlu ambil tahu

Kuku ada garisan hitam? Ini amaran kesihatan yang anda perlu ambil tahu

Cuba lihat kuku anda, adakah kuku anda mempunyai garisan-garisan hitam, putih ataupun apa-apa bentuk yang tidak normal. Ada? Anda mungkin perlu berwaspada dan perlu berjumpa doktor kerana kuku boleh memberi amaran kesihatan pada diri anda.

TENTANG KUKU

Mengikut Portal MyHealth, plat kuku adalah bahagian sebenar kuku yang kita lihat. Ia terdiri daripada lapisan keratin lutsinar berlamina. Plat kuku ini tumbuh dari pangkal kuku. Apabila sel baru tumbuh, sel tua ditolak keluar ke hujung jari dalam bentuk lapisan keratin yang keras dan padat. Kuku tumbuh dengan kadar kira-kira 3mm sebulan. Ini adalah dua hingga empat kali ganda kadar pertumbuhan kuku kaki.

Dasar kuku adalah lapisan kulit untuk yang menampung plat kuku. Warna sebenar kuku adalah mengikut warna dasar kuku yang kaya dengan kapilari dan kelenjar. Oleh itu, warna kuku anda boleh mencerminkan tahap kesihatan anda.

APA YANG KUKU BOLEH BERITAHU MENGENAI KESIHATAN ANDA? 

Kuku manusia adalah berbeza. Ada yang runcing, panjang, pendek dan kecil. Walaupun nampak remeh, ramai yang tidak tahu bahawa kuku boleh memberitahu mengenai kesihatan tubuh badan anda. Mari kita lihat keabnormalan kuku di bawah berserta dengan petanda kesihatan:-

  • KUKU BERGARIS HITAM 
Kuku bergaris hitam. Via IDN Times

Kuku bergaris hitam merupakan petanda yang berbahaya. Anda perlu berjumpa segera dengan doktor kerana kondisi seperti ini boleh disebabkan oleh Melanoma, sejenis kanser kulit yang paling berbahaya.

  • KUKU KEKUNINGAN

Kuku kekuningan memberi petanda bahawa seseorang itu mempunyai penyakit berkaitan dengan pernafasan seperti bronkitis kronik. Kuku berwarna kuning ini akan menebal dan tumbuh dengan perlahan. Dan, disebabkan itulah warna kuku berubah menjadi kuning. Bukan itu sahaja, kuku berwarna kuning juga boleh menjadi petanda ada jangkitan kulat.

  • KUKU RAPUH
Kuku rapuh. Via DetikHealth

Untuk kuku yang berbentuk rapuh seperti gambar di atas selalu menunjukkan adanya masalah tiroid. Selain itu, ia juga boleh menjadi penunjuk bahawa kuku terkena jangkitan kulat.

  • KUKU BERBINTIK PUTIH
Via Liputan6

Hah, masa kecil-kecil dulu, mesti ada yang cakap bila kuku ada tumbuh bintik putih maknanya ada orang suka. Tapi, tahukan anda, bintik-bintik putih pada kuku menunjukkan anda mempunyai masalah kekurangan vitamin ataupun mengalami masalah alahan.

  • KUKU BERWARNA BIRU 
Via Redaksi

Kuku yang berwarna biru adalah sesuatu yang serius kerana ianya menunjukkan kekurangan oksigen pada tubuh badan. Ini boleh menunjukkan masalah paru-paru, seperti emfisema ataupun penyakit jantung.

  • KUKU BERWARNA PUTIH
Via Totally

Kuku berwarna putih pula menunjukkan seseorang itu mempunyai penyakit hati seperti hepatitis. Selain itu, ia juga boleh menunjukkan adanya kegagalan fungsi buah pinggang pada seseorang. Sila berjumpa dengan doktor untuk analisis yang lebih tepat!

  • KUKU BERBINTIK DAN BERLEKUK
Via OhCantik!

Kuku yang berbintik dan berlekuk merupakan petanda awal kepada psoriasis ataupun radang arthritis (sendi).

Oleh itu, cepat-cepatlah perhatikan kuku anda, dan jika anda mempunya keabnormalan pada kuku, segeralah berjumpa dengan pakar perubatan kerana kuku boleh menunjukkan petanda kesihatan. Mencegah lebih baik dari merawat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *