Membimbangkan, lebih 60 pelajar sekolah di Cyberjaya positif Covid-19

Membimbangkan, lebih 60 pelajar sekolah di Cyberjaya positif Covid-19

Ketika negara kita ingin beralih ke fasa endemik, baru-baru ini digemparkan bahawa 65 pelajar sekolah di Cyberjaya iaitu Sekolah Seri Puteri didapati positif Covid-19. Perkara itu disahkan melalui saringan Covid-19 yang mula dijalankan di sekolah-sekolah.

Menurut sumber Sinar Harian, semua pelajar yang didapati positif Covid-19  telah ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (MAEPS) untuk rawatan selanjutnya. Terkini, Pejabat Kesihatan Daerah Sepang akan melancarkan saringan kendiri bagi mengawasi serta mengenal pasti mereka yang dijangkiti positif Covid-19.

KES POSITIF COVID-19 BERMULA DENGAN SEORANG GURU 

Sekolah Seri Puteri, antata sekolah berasrama penuh terbaik. Via Mstar

Laporan juga telah menyatakan bahawa terdahulu, kes dimulai dengan seorang guru yang positif Covid-19 kemudian menjangkiti seorang guru dan enam orang murid lagi. Seramai 121 kontak rapat bagi guru serta murid itu juga sudah habis menjalani kuarantin dan dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Difahamkan juga ibu bapa pelajar turut mendesak ujian saringan ke atas anak mereka dijalankan segera supaya pelajar dengan keputusan ujian negatif boleh pulang ke rumah masing-masing.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *