Varian Omicron dah sampai Malaysia. Petugas kesihatan ini beritahu beza Varian Delta dan Varian Omicron

Varian Omicron dah sampai Malaysia. Petugas kesihatan ini beritahu beza Varian Delta dan Varian Omicron

Semalam, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata dalam sidang media bahawa varian Omicron telah dikesan melalui ujian PCR GA di Malaysia pada 2 Disember. Varian ini dibawa oleh pengembara dari Afrika Selatan, bukan warganegara, dan tiba di Malaysia melalui Singapura pada 19 November lalu.

Pemberitahuan ini telah menggemparkan negara kita, dimana negara kita yang ingin bermula ke fasa endemik terpaksa diperhalusi terlebih dahulu.

Dalam satu capaian video dari aplikasi Tiktok, seorang petugas kesihatan telah menjelaskan beza antara varian Delta dan varian Omicron. Mengikut beliau, varian delta yang telah lama mendarat di negara kita mempunyai 9 spike protein yang membolehkannya ia bermutasi dengan lebih cepat.

Via nextstrain

Namun, untuk varian Omicron, ia sangat mengejutkan kerana ianya mempunyai 32 spike protein berpuluh kali ganda lebih dari varian delta. Keadaan ini secara tidak langsung membolehkannya ia bermutasi dengan lebih pantas dan membolehkannya ia merebak berpuluh-puluh kali ganda lebih cepat dari varian Delta.

Kes-kes Covid 19 di Afrika Selatan juga meningkat dengan lebih cepat diakibatkan oleh varian Omicron ini kerana kadar kebolehjangkitannya adalah sangat tinggi.

GEJALA-GEJALA VARIAN OMICRON

Via Kavic.C

Mengikut seorang saintis, iaitu Dr Angeline Coetzee  melalui BBC simptom-simptom varian Omicron yang dihadapi oleh pesakit adalah luar biasa tetapi sederhana. Pesakit kebiasaannya akan mengalami keletihan yang teruk, dan terdapat satu kes dimana kanak-kanak berumur 6 tahun mempunyai bacaan nadi yang tinggi.

Selain itu, pesakit juga tidak mengalami kehilangan deria rasa atau bau sepertimana yang berlaku pada pesakit-pesakit terdahulu. Saintis tersebut juga mengatakan bahawa separuh daripada mereka yang terkena varian ini merupakan mereka yang tidak mengambil vaksin.

Varian ini juga dikatakan mampu menular ke golongan yang mempunyai kurang risiko dan mereka yang pernah positif Covid-19.

Oleh itu tetaplah mematuhi SOP, jangan leka dan mudah-mudahan kita dijauhi dari virus Covid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *