Tidak perlu senaman hingga tercungap-cungap. Ini senaman yang sesuai untuk mereka yang ‘overweight’

Mesti ramai yang nak dapatkan badan idaman kan? Yelah, dah hujung tahun ni banyak kenduri kahwin dan ramai bakal pengantin yang ingin cari senaman yang tidak memenatkan untuk turunkan berat badan. Tahukah anda? Terdapat satu senaman yang mudah dan anda tidak perlu bersusah payah untuk berlari sehingga tercungap-cungap. Senaman ini dipanggil ‘brisk walking‘.
APAKAH ITU BRISK WALKING?
Brisk walking merupakan salah satu senaman kardio yang memerlukan anda untuk berjalan dengan kadar yang lebih cepat dari biasa. Brisk walking terkenal kerana senamana ini tidak mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkan kecederaan dan baik untuk pemula bagi mereka yang baharu sahaja berkecimpung ke dalam dunia senaman. Brisk walking juga tidak memerlukan sebarang kos yang banyak.
KEBAIKAN BRISK WALKING

Brisk walking yang bukan sahaja mudah dilakukan, ianya juga menyimpan beberapa kebaikan yang baik untuk tubuh badan, antaranya ialah:-
- Menurunkan berat badan
Berjalan nampak mudah, tetapi impak kepada brisk walking ini dapat menurunkan berat badan dengan membakar kalori. Anda hanya perlu melakukan brisk walking setiap hari, selama 30 minit untuk mendapatkan kesannya.
- Menstabilkan tekanan darah
Bagi mereka yang ingin tetap bersenam tanpa perlu risau menghadapi tekanan darah tinggi, anda bolehlah melakukan brisk walking kerana terdapat kajian dilakukan bahawa senaman kardio dapat menurunkan tekanan darah. Senaman ini juga amat sesuai untuk warga emas yang ingin mendapatkan kecergasan tubuh badan.
- Mengurangkan kadar gula pada tubuh badan
Untuk mengelak dari terkena penyakit kencing manis, brisk walking adalah jawapannya! Brisk walking dapat mengawal kadar gula pada tubuh badan dengan menaikkan sensitiviti insulin. Keadaan ini bermaksud sel-sel tubuh pada otot anda mampu untuk menggunakan insulin bagi menghasilkan tenaga melalui glukos , sebelum dan selepas anda bersenam.
- Membantu masalah mental
Dengan bersenam, ianya mampu untuk menaikkan keyakinan dan kepercayaan dalam diri, membuat tidur lebih berkualiti dan membuatkan minda anda lebih cergas dan sihat.
CARA MELAKUKAN BRISK WALKING

Untuk melakukan brisk walking anda perlulah:-
- Melakukan warm up terlebih dahulu
- Pastikan bahu anda sentiasa di bawah dan lakukan langkahan berjalan secara tenang
- Langkahan kaki hendaklah ke depan dari tumit
- Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk mendapatkan kesan yang lebih baik
- Akhir sekali, perlahankan langkah anda, berhenti dan lakukan cool down selepas melakukan brisk walking.
Perhatian, jika kaki anda terasa sakit selepas melakukan brisk walk. Anda boleh merendamkan kaki di air suam atau melakukan urutan yang sesuai dengan arahan pakar kesihatan.
Selamat mencuba!