Suka mengagumi diri sendiri secara berlebihan? Anda atau dia mungkin ada penyakit narsisisme

Suka mengagumi diri sendiri secara berlebihan? Anda atau dia mungkin ada penyakit narsisisme

Anda kenal dengan seseorang yang selalu memuji diri dan sentiasa mengagumi diri secara berlebih-lebihan? Tahukah anda, dalam dunia psikologi terdapat satu penyakit untuk orang yang seperti ini. Penyakit ini dipanggil narsisisme. Mengikut kajian kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, terdapat seorang dari tiga rakyat Malaysia berusia 16 tahun dan ke atas mempunyai masalah mental. Salah satu faktornya adalah perkembangan dari segi teknologi, ekonomi, perubahan sosial serta masyarakat. Dan antara salah satu penyakit itu adalah narsisisme.

APA ITU NARSISISME? 

Via Belog

Bila kita merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, narsisime merupakan perihal dimana seseorang itu terlalu memuja ataupun mengagumi diri sendiri. Peristiwa ini dikatakan berlaku dari kisah mitos Greek dimana seorang lelaki bernama Narcissus telah jatuh cinta kepada imej dirinya yang terbayang pada sebuah kolam. Oleh akibat ketaksuban terhadap dirinya sendiri, Narcissus pun menghabiskan masa  hariannya melihat bayangannya dan akhirnya berubah menjadi sekuntum bunga di kolam tersebut.

Melalui cerita mitos ini, ahli psikologi telah bersepakat bahawa mereka yang mempunyai masalah narsisime ini merupakan kecenderungan individu untuk menilai diri sendiri secara berlebih-lebihan ataupun terlalu taksub dengan diri sendiri tanpa penjelasan yang rasional ataupun logik.

CIRI-CIRI NARSISIME

Via Psychology Today

Mereka yang mempunyai masalah narsisisme ini cenderung untuk mementingkan diri sendiri . Bukan itu sahaja, mereka juga memerlukan perhatian, tiada empati terhadap orang lain dan sentiasa memperkecil-kecilkan orang lain secara berlebih-lebihan. Selalunya, penghidap narsisisme ini sentiasa mempunyai permasalahan dalam aktiviti sosial serta perhubungan kerana tidak boleh bertindak secara profesional terhadap situasi.

Selain itu, individu yang mempunyai narsisisme akan sentiasa cemburu melampau terhadap orang lain dan percaya bahawa orang lain pun mempunyai permasalahan terhadap dirinya. Juga, orang yang mempunyai sifat ini tidak akan dapat mengendalikan kritikan terhadap dirinya dengan rasional kerana selalu ingin diiktiraf dan dihargai. Meminta maaf serta memohon maaf juga tidak akan termasuk di dalam kamus hidup bagi mereka yang mempunyai masalah narsisisme.

DISEBABKAN OLEH FAKTOR SOSIAL 

Mengikut pakar psikologi, mereka berpendapat bahawa salah satu faktor yang menyebabkan narsisisme adalah disebabkan faktor sosial, persekitaran serta sejarah masa lalu. Faktor neurobiologi juga tidak lari dari punca kepada permasalahan ini.

Lebih-lebih lagi pada ketika ini, kewujudan media sosial turut memberikan impak yang besar bagi kepada masalah narsisisme. Maka berhati-hatilah dan elakkan berlebih-lebihan dalam apa jua keadaan. Penyakit narsisime ini tiada ubat ya, tetapi boleh dibantu dengan menghadiri terapi kendiri.

Apapun, jaga diri dan jaga hati!

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *