Tak nak pakai pelindung cahaya matahari? Ini perkara menakutkan yang akan terjadi pada kulit anda

Ramai diantara kita yang pada masa kini mula beriadah dan keluar rumah untuk menghirup udara yang segar pada waktu siang hari. Namun, ketika kita keluar beraktiviti, adakah anda mempunyai sebarang perlindungan kulit terhadap sinar uv yang datang dari cahaya matahari? Tidak, anda mungkin perlu ambil tahu tentang hal ini.
Tahukah anda, penggunaan losyen pelindung matahari merupakan antara rutin yang selalu dilupakan oleh kita. Ianya bukan sahaja dilupakan malah ada yang memandang enteng tentang penggunaan losyen pelindung matahari ini. Lebih-lebih lagi pada kaum lelaki kan? Hah!
Sebenarnya, banyak risiko yang akan berlaku pada kulit manusia jika terdedah terus kepada sinaran matahari. Ia bukan sahaja membuatkan kulit anda terbakar namun terdapat penyakit-penyakit kulit lain yang boleh dihadapi.
APA YANG TERKANDUNG DALAM CAHAYA MATAHARI?

Ketika matahari bersinar, cahaya akan mengeluarkan UV. UV ialah (ultraviolet/ ultraungu) spektrum elektromagnetik dari matahari yang dipancarkan kebumi. UV dari matahari dikelaskan kepada UVA, UVB dan UVC.
Negara yang berhampiran dengan khatulistiwa dan berada pada ketinggian yang lebih tinggi, akan menerimalebih ultraungu (UV), contohnya negara kita Malaysia.
